Wednesday, August 30, 2006

SELAMAT HARI MERDERKA

Tanggal 31,
Bulan 8, 57,
MERDEKA, MERDEKA
Tetaplah MERDEKA
Ia pasti,
Menjadi Sejarah.........
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49THN

Monday, August 14, 2006

Gambar ter'latest'








Dari kiri : Leman, Parok , Nasrul
(Kuala Selangor, 30 Julai 2006)

Sunday, August 13, 2006

ONLINE GATHERING-GENG2 ASKAR PENCEN

UNDANGAN KE MAJLIS
ONLINE GATHERING GENG2 ASKAR PENCEN USM
Dengan penuh rasa syukur dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta keluarga untuk turut sama meraiikan majlis tersebut pada:-
21hb Ogos 2006
Bersamaan 27 Rejab 1427H
di Blog Askar Pencen (chatting room)
Semoga dengan kehadiran serta doa restu dari Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, majlis akan berseri dan ianya akan diberkati oleh Allah SWT serta dapat mengubat rindu di dada. Wassalam
ATURCARA MAJLIS
Sembang-sembang : Bermula Jam 4 petang
TURUT MENGUNDANG
Seisi Keluarga
SILA CONFIRMKAN KEHADIRAN ANDA. SAPA TAK KONPEM. MEMANG HAMPEHHHH!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 10, 2006

Lagu "Lelaki Duda" - from Gadis Melayu

Siapa bilang lelaki duda tak menawan,
Tak menarik hati, tiada memikat,
Kalaulah memang tak mungkin siti tertarik,
Kalaulah sungguh tak mungkin siti kan jatuh,
Aduhai...
lebat betul misainya,
Serta manis senyumnya,
Hitam pekat misainya,
siti suka si dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Budi bahasanya, pandangan matanya,
Sentuhan khalid mohd jiwa membuat siti terlena,

Sunday, August 06, 2006

Faizal Juara Akademi Fantasia 4

6-Ogos-2006: Faizal Juara Akademi Fantasia 4

Faizal muncul sebagai Juara Akademi Fantasia 4 setelah membawakan lagu Hujan dan Lihatlah di hadapan lebih 10 ribu peminat Akademi Fantasia di Stadium Putra Bukit Jalil. Faizal mendapat sebanyak 34% undian SMS mengalahkan saingannya Lotter dengan 28% undian SMS.Faizal membawa pulang hadiah bernilai RM371,435, antaranya sebuah kondominium dan sebuah kereta Toyota VIOS serta sebuah trofi Akademi Fantasia. Manakala, Lotter yang membawakan lagu In The End dan Yang Berlalu...Tak Berulang telah mendapat gelaran Naib Juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM117,036. Farhan pula muncul sebagai pemenang Tempat Ketiga dengan 20% undian SMS. Manakala, Tempat Keempat dimenangi oleh Haziq dengan 11% undian SMS dan Velvet memenangi Tempat Kelima mendapat 8% undian SMS.