Monday, September 25, 2006

Hukum Islam Mengenai Merokok. Islam Memang Indah

Soalan: Apakah hukum Islam mengenai merokok? Kalaulah hukumnya haram maka apakah status penghisap rokok yang amat ketagih sehingga terlalu sukar untuk meninggalkan tabiat ini? Apa pula hukumnya kepada sebuah negara yang mengamalkan polisi mengimport, menjual, dan membiarkan rakyat yang merokok? Mengubal dan menitik beratkan undang-undang mengenai arak, tidakkah ia boleh diadakan undang-undang yang sama mengenai merokok?

Jawapan: Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Majlis Kajian dan Fatwa Islam telah mengeluarkan fatwa merokok, menanam tembakau, dan menjual rokok adalah haram dalam Islam. Pejabat Wilayah untuk kawasan timur Mediterranian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang juga disertai oleh 21 Negara Islam menerbitkan buku berjudul ' Hukum Islam Mengenai Rokok'. Di mana 15 orang ulama' besar mengeluarkan fatwa berasingan mengenainya. Kesemua mereka melainkan dua orang mutlak mengfatwakan bahawa merokok itu hukumnya Haram. Manakala dua orang ulama' sahaja mengambil hukumnya di antara Makhruh dengan Haram. Hari ini, kebanyakkan golongan ulama' telah pun berpegang teguh kepada hukum Haram, malah jumlahnya kian menigkat hari demi hari. Tidak ada dikalangan para ulama' yang telah pun berpegang kepada hukum tersebut meminda pegangan mereka, tetapi bagi sebahagian ulama' yang berpegangan sederhana telah meminda hukum tersebut kepada hukum Haram setelah mengetahui kemudaratannya bukan sahaja kepada kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekitar perokok tersebut. Sudah terbukti bahawa merokok boleh membawa sekitar 25 jenis penyakit membunuh, termasuklah nisbah besarnya kanser dan sakit jantung. Salah seorang daripada dua orang perokok menemui ajal akibat penyakit yang disebabkan hasil merokok. Dengan risiko yang sangat tinggi para ulama' hanya mampu berfatwakan Haram sebagai hukumnya sahaja. Amatlah terlarang sama sekali sekiranya seorang Islam itu baru mahu memulakan merokok atau cuba-cuba berjinak dengan tabiat merokok. Tidak ada sebab musabab apa perlunya mereka mahu menceburi perbuatan merokok. Tetapi persoalan rumit timbul kepada seorang perokok Islam yang telah lama merokok serta ketagih, dan terlalu susah untuknya meninggalkan tabiat lama ini, manakala dalam masa yang sama baru mengetahui akan haram pula hukumnya, apa perlu dia lakukan? Meninggalkan tabiat merokok amatlah susah sekali, kerana rokok mengandungi nakotin. Setiap perokok yang telah berterusan selama satu tahun xxxxx sudah mengalami ketagihan itu sendiri. Mengikut para ulama' masalah ketagih itu tidak langsung menjadi penyebab untuk meminda hukum haram kepada makhruh. Perokok begini hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan meminta taufik dan hidayahnya untuk segera berhenti mengulangi perkara haram begini di dalam amalan hariannya. Bersungguh-sungguh berniat untuk berhenti merokok dan perokok begini jangan sekali-kali berpuas hati dengan sekadar berkata " Saya telah cuba tetapi saya gagal". Walaupun perokok itu telah mencubanya sepuluh kali lebih. Ini juga tidak harus dijadikan 'pasport' untuk beliau terus merokok dan meneruskan perbuatan haram ini. Kebanyakan Negara ada menyediakan pertolongan kepada perokok-perokok begini untuk meninggalkan tabiat merokok. Perokok mesti terus bersusah payah untuk mendapatkan bantuan bagi memberhentikan tabiat merokok seandainya beliau tidak mampu melakukan bersendirian. Memohon bantuan dimana yang dapat diperolehi.Cara lain juga dicadangkan agar perokok itu sendiri mengurangkan jumlah isapannya setiap hari. Sekiranya kebiasaannya dia merokok 20 batang sehari, maka hendakalah dia kurangkan kepada 15 batang sehari. Seterusnya kurangkan jumlahnya secara istiqamah. Seorang perokok yang ketagih akan mengalami kesukaran namun peluang begini boleh diteruskan selama satu tahun. Asalkan ada perubahan dari segi jumlah hisapannya berkurangan. Cara begini juga boleh mengajar perokok untuk mendisiplinkan diri. Ia amat membantu perokok itu untuk terus berhenti merokok akhirnya.Cara lain juga, sebagai seorang perokok muslim, perokok itu hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon dengan Nya agar diberi kejayaan di dalam usaha murni perokok itu untuk berhenti merokok. Perokok hendaklah mengulangi hasrat ini kepada Allah s.w.t untuk meninggalkan pekerjaan haram ini yang bertentangan dengan agama Islam, melepaskan diri sendiri dari menanggung dosa yang boleh dielakkan. Tambahan pula, perokok Islam mempunyai peluang setiap tahun untuk mengurangkan / meniggalkan tabiat ketagih ini pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan bekerja di siang hari dan tidur / rehat di malamnya.Sesebuah kerajaan itu mestilah mengambil inesiatif untuk membasmi apa jua industri yang ada kaitan dengan tembakau. Menurunkan kadar penggunaanya. Bagaimana mungkin adalah berbeza dari mengadakan kempen penerangan bertapa mudaratnya kesan merokok itu kepada kesihatan, program kesihatan kepada sekolah-sekolah sehingga kesedaran kepada anak-anak muda akan akibatnya dan menghindarkan mereka dari menjadi perokok muda, mengenakan cukai yang tinggi kepada hasil tembakau dan natijahnya setiap kenaikan akan hanya tidak memberangsangkan pembelian rokok terutama di kalangan anak-anak muda.

This article is taken from www.arabnews.comEdited by Adil SalahiTranslated by MNY, Madrasah Al-Wahidah. Disusun oleh Nur Asifa Mohd Nasaruddin.

Tuesday, September 19, 2006

Huda Teddy Bear KFC Story

Assalamualaikum w.b.t..........kepada kengkawan yang dirindui x kiralah walau di mana u all berada......
sekarang ni sebenarnya aku kat ofis syah...cuti 2 ari jln2 jumpa member lama.boring aku asik keje je mengadap ayam kfc 2....oklah,pasni nanti aku citer kat korang camner aku leh terjebak dlm kfc ni sampailah la ari ni.....pas abis konvo bln 7 thn 2000 dulu,aku pun biasalah cam korang gak p lah cari keje ngan sijil kita yg besar ponco tu cam encik jusob selalu cakap tp susah betul nak dapat sebab xde experience....so bila aku dah fed-up aku berazam kalo aku x dpt keje gak sampai bulan 12 thn 2000 tu, aku ingat nak msk askar regular..cuma pikir2 balik mcm takut je nak msk regular,korang kan tau , aku ni bukan nye mantap sangat, piawai je selalu masa ROTU dulu...kalo msk regular nampaknya hari2 lah aku breakfast forward roll n side roll,nak gali kubu lg,kawad lg n lari2 lg sampai dah nak tonggek ponggong!eeee...teringat tu semua cam x sanggup...maklumlah kali ni jurulatihnya bukan lg encik jusob,dulu leh lah jugak mintak simpati.....
nak dijadikan citer,hari minggu ari tu entah camner aku tertengok suratkhabar the star...chewah...baca paper orang putih lah lak....so,aku ternampaklah iklan manager kfc...aku pun cubalah nasib....alhamdulillah, dptlah pulak....dah memang rezeki aku kat kfc agaknya....aku pun dihantar training selama 3 bulan kat kelana jaya...abis training, aku dipostingkan ke jb...so di situlah bermulanya carier aku dgn kfc...setahun kemudian aku dinaikkan sebagai restaurant manager kfc n 2 thn selepas tu lak aku dinaikkan sebagai training officer kfc kat kelana jaya....so tugas aku sekrg ni aku train manager2 baru kfc yg baru lepas grade...so,ilmu yg aku pelajari masa aku join palapes dulu byk membantu aku dlm menghadapi tekanan2 di tempat kerja n aku train manager2 aku pun straight mcm askar gak....cuma keje aku ni susah sikit nak cuti...x mcm korang...tulah yg susah nak jumpa kengkawan....tp aku selalu ingat kat korang...tambah2 bila blk kg kat bt pht tu aku sibuk lah p belek gambar2 lama zmn muda2 kita dulu...happy je masa tu walaupun muka comot dah mcm anak beruang x mandi semiggu dengan bau dah mcm cipan....
oklah,kwn2 aku rasa cukuplah setakat ni saje dulu...aku rasa korang pun dah boring nak baca celoteh aku ni....utk pengetahuan korang semua...aku dah kurus tau sekarang ni....dah x mcm teddy bear dah...tp, walaumacam mana sekalipun , aku tetap cute mcm dulu gak......hehehe,,,jgn jeles lak ek......!!
so.apa2 pun di kesempatan ni aku nak wish korang 'SELAMAT BERPUASA' di bulan ramadhan almubarak yg akan dtg x lama lg....insyaAllah kalau ada rezeki leh lah kita berjumpa lagi....so,lastly 2 all my friends out there.." WHATEVER U DO, WHEREVER U GO,I HOPE THAT THE SUCCESS N HAPPYNESS WILL ALWAYS BE WITH U" miss u all so much..... make sure keep in touch...my hp no 012-2251698. wassalam....

Wednesday, August 30, 2006

SELAMAT HARI MERDERKA

Tanggal 31,
Bulan 8, 57,
MERDEKA, MERDEKA
Tetaplah MERDEKA
Ia pasti,
Menjadi Sejarah.........
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49THN

Monday, August 14, 2006

Gambar ter'latest'








Dari kiri : Leman, Parok , Nasrul
(Kuala Selangor, 30 Julai 2006)

Sunday, August 13, 2006

ONLINE GATHERING-GENG2 ASKAR PENCEN

UNDANGAN KE MAJLIS
ONLINE GATHERING GENG2 ASKAR PENCEN USM
Dengan penuh rasa syukur dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta keluarga untuk turut sama meraiikan majlis tersebut pada:-
21hb Ogos 2006
Bersamaan 27 Rejab 1427H
di Blog Askar Pencen (chatting room)
Semoga dengan kehadiran serta doa restu dari Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, majlis akan berseri dan ianya akan diberkati oleh Allah SWT serta dapat mengubat rindu di dada. Wassalam
ATURCARA MAJLIS
Sembang-sembang : Bermula Jam 4 petang
TURUT MENGUNDANG
Seisi Keluarga
SILA CONFIRMKAN KEHADIRAN ANDA. SAPA TAK KONPEM. MEMANG HAMPEHHHH!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 10, 2006

Lagu "Lelaki Duda" - from Gadis Melayu

Siapa bilang lelaki duda tak menawan,
Tak menarik hati, tiada memikat,
Kalaulah memang tak mungkin siti tertarik,
Kalaulah sungguh tak mungkin siti kan jatuh,
Aduhai...
lebat betul misainya,
Serta manis senyumnya,
Hitam pekat misainya,
siti suka si dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Budi bahasanya, pandangan matanya,
Sentuhan khalid mohd jiwa membuat siti terlena,

Sunday, August 06, 2006

Faizal Juara Akademi Fantasia 4

6-Ogos-2006: Faizal Juara Akademi Fantasia 4

Faizal muncul sebagai Juara Akademi Fantasia 4 setelah membawakan lagu Hujan dan Lihatlah di hadapan lebih 10 ribu peminat Akademi Fantasia di Stadium Putra Bukit Jalil. Faizal mendapat sebanyak 34% undian SMS mengalahkan saingannya Lotter dengan 28% undian SMS.Faizal membawa pulang hadiah bernilai RM371,435, antaranya sebuah kondominium dan sebuah kereta Toyota VIOS serta sebuah trofi Akademi Fantasia. Manakala, Lotter yang membawakan lagu In The End dan Yang Berlalu...Tak Berulang telah mendapat gelaran Naib Juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM117,036. Farhan pula muncul sebagai pemenang Tempat Ketiga dengan 20% undian SMS. Manakala, Tempat Keempat dimenangi oleh Haziq dengan 11% undian SMS dan Velvet memenangi Tempat Kelima mendapat 8% undian SMS.

Wednesday, July 26, 2006

Seloka Kuanggg...Kuanggg..Kuanggggg!!!!

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api.
Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri.
Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang.
Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu:



Lelaki: Hi... kakak hamil ya?

Ibu hamil: Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak?

Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)

Ibu hamil: (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan
pertanyaannya) Isinya orang ya?


Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).

Ibu hamil: (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)

Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil
menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Tuesday, July 25, 2006

Amalan Bulan Rejab

Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.

Fadilat Rejab:
1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
16. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
17. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
18. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

Tuesday, July 11, 2006

Shichida Methods

Wife aku ada forward satu articel pasal mende ni, & dia suruh aku sama2 practice kat anak aku (Hikmah Humaira). Aku pun nak korang sama2 buat mende2 ni kat anak korang sebab aku nampak ada perubahan bila aku buat kat anak aku..dan yang selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T.

Apa dia Shichida Methods?.....
Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

Antara langkah2nya:-


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuhhati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2.Start guna cards untuk ajar anak. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Monday, July 10, 2006

Demam Piala Dunia-Berita Akhir

Demam World Cup berakhir awal pagi tadi setelah pasukan pilihanku menjulang kejuaraan ulung bola sepak dunia.....yaaaa Italy telah menewaskan France melalui sepakan penentuan penalti 5-3 setelah perlawanan yang berlarutan sehingga masa tambahan gagal menetukan pemenang mutlak. Malang bagi Zinadine Zidane apabila bintang tersohor dari France itu dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir tersebut, sekaligus meninggalkan kenangan pahit bagi beliau beraksi buat kali terakhir dalam arena bola sepak antarabangsa. Sekianlah sahaja berita terkini. Jumpa lagi 2010......:)

Sunday, July 09, 2006

How Two Russian Journalists Cooked an Egg with their Mobile Phones

Vladimir Lagovski and Andrei Moiseynko from Komsomolskaya Pravda Newspaper in Moscow decided to learn first-hand how harmful cell phones are. There is no magic in cooking with your cell phone. The secret is in the radio waves that the cell phone radiates.

The journalists created a simple microwave structure. They called from one cell phone to the other and left both phones on talking mode. They placed a tape recorder next to phones to imitate sounds of speaking so the phones would stay on.

After, 15 minutes: The egg became slightly warm.
25 minutes: The egg became very warm.
40 minutes: The egg became very hot.
65 minutes: The egg was cooked.

Conclusion ..1: Cooking eggs with mobile phones is possible but very expensive ($4.55 or 123 Rubles)
Conclusion ..2: All this talk of danger is exaggerated; even if your brain gets cooked, it would take a couple hours of talking on a cell phone.


It takes approximately 2 minutes of speaking on a cellular phone for the radiation to cross the protective Blood Brain Barrier. So whenever there is a land line available use it in preference to your cell.


Hmmm!!! Now you know!!! No more long talks on your mobail fon.
Dengan promosi wo-kup 50% off la, ini lah, itu lah... gila ke!
By the way, how much would a call lasting 1hr 5min in M'sia be? RM0.15 x 65 = RM9.75!!
anyone care to try? :) i believe there's truth to this....

Renungan

Pertemuan sahabat lama dalam dompet seorang pengusaha keropok lekor yang tersohor di negeri Terengganu Darul Iman. Dalam pertemuan itu banyak perkara yang dicerita-ceritikan:-


Duit Seringgit : Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

Duit Lima Puluh :aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naikSTAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh,ko camner lak?

Duit Seringgit (menunduk sedih) : hmm.. bosan2. balik- balik tempat sama.. surau, masjid, tabung derma, surau... .

Thursday, June 15, 2006

Assalamualaikum...

Aku dapat sms dari seorang rakan...
Tlg sebarkan.....Jgn guna akum pd permulaan msg krn kalimah itu bermaksud binatang dlm bhs ibrani(yahudi). Tlg tulis salam atau atau assalamualaikum. Demi kesejahteraan umat Islam. Aku tak tahu benar atau tidak tapi sekurang2nya aku dah bagitahu apa yang aku dapat...
So sesiapa yang ada berita terbaru tolong update yek...Lagi 1 sorry coz aku mmg dah lama tak update.... shah

Yahoo Messenger

Aku baru tahu pasal benda ni tadi, saper2 yang nak masuk YM hanya perlu ke http://www18.meebo.com/ , so lepas ni bolehlah kita beryahoo masengger.
P/s : Tq Nic 4 info

Thursday, May 11, 2006

ibu saufeen...(SURIA HANI PUNYA CITER)

assalamualaikumm..
kengkawan yang dirindui...akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak masukkan cerita aku dalam web nih..
cuma kalo ada tertinggal fakta kira burnlah yek..
aku dah berumahtangga dan dah ada sepasang cahayamata..sulung si bujang tu namanya \muhammad ikhlas as-saufeen,yang kedua anak dara aku namanya Chinta Safiya as-saufeen. so kalo ada ank2 bujang kome yang berkenan dgn ank dara aku pastikan nafasnya panjang tuk buat lafaz akad nikahnya.he..he..he..
lepas grad jer aku terus jadi cikgu kat sek swasta.ajar budak2 yang lebih besar dari aku...budak2 yang return spm.dapat setahun...tahun 2001 aku lari ke pekan,pahang..jadi GSTT kat sek rendah.ajo bahasa inggeris.kat sini aku selalu lepak dgn mate aku si ijal tuh...kurang2nya ada gak member kat tempat orang..setahun aku kat pekan,tahun 2002 aku balik ke selangor sebab aku nak bertunang n tunang aku x bagi aku dok jauh2 dari dia..cemburu ler tuh...aku kije kat shah alam sebagai cikgu tadika elit,ngajo anak2 orang kayo..tahan 3 bulan jer peh tuh terus dapat jadi cikgu kat sekolah jais..sekolah agama..siap buat diploma lagi n alhamdulillah kalau ada rezeki tahun ni jadilah aku guru tetap kementerian pelajaran malaysia,sebab kem pen dah amik alih semua sekolah2 jais negeri selangor...
la nih aku lepak di Sungai Bertih, Klang..
Laki aku skrang selalu kata berat badan aku dah kurang,macam time dulu2...he..he..he..kesimpulannya aku still maintain macam dolu2 gak..tapi aku dah pernah mengalami pertambahan berat badan yang melampau lepas aku bersalin anak sulung..
awal tahun dulu aku buat operation sebab mengandung luar rahim...kiranya tiap tahun aku mesti produce sorang anak,cuma tahun nih anak aku dok kat luar plak...so kena buang ler..
rasanya..dah panjang lebar dah citer aku nih..kang kalo ada new story aku bagitauler..
bilalah kita nak jumpa ramai2..sembang2...bestnya......
wassallam..

Friday, April 28, 2006

Aisyah Najwa

Hi... pakcik2, makcik2 semua... saya anak Azharisyam.... Bye....

Wednesday, April 26, 2006

Gubra

Assalamualaikum semua... Selamat datang kepada Aswandy, Hazleen & Azharisyam... Dah lama kan tak update, korang2 pun dah lama tak bg citer terbaru, kalau korang malas nak masukkan just send aku email ke bariah_77@yahoo.com citer apa yang korang nak bagitahu, aku akan tolong masukkan.
Tgk pada tajuk korang mesti boleh agak aku nak citer pasal citer gubra. Tapi jgn salah anggap aku tak nak ulas sebab aku kurang tgk citer arahan Yasmin, tapi aku tertarik ngan blog Faisal Tehrani mengenai Gubra Yang Sesat lagi Menyesatkan. Aku cuma ingin berkongsi pandangan dgn korang semua mengenai pandangan dia.. Just klik kat nama dia kay... Ariossss Shah0808

Thursday, April 13, 2006

Aku Dulu dan Skang

Hi there..eberybody, good..?how's life..? pathetic..? maleh ar nyusah cakap inggeris,
Ok, shonok gak baca kengkawan punya profil lepas abih USM ni kan sijil sarjana jer besar, pakai baju kengkonon warna purple naik pentas kena tunduk kat saper entah yang bagi sijil tu dah tak ingat dah, rehearsel jgn cakap ah satu ari suntuk...tangkap gambo bayar plak tu, tapi still susah gak kkan dapat kerjaa., kalau tau dulu baik abih spm terus bisnes bleh kaya dah skang..anyhow, congrats to anyone who have achieve higher level, rank or salary, yg mana sangkut tu bebawaq lah berbisnes cam aku ni haaa..ewaaah!!

oklah aku nak start ni , aku ni bukan lah cam korang berkawat tak tentu pasal , ahahhahah panas-panas...merangkak ahhh, menembak lah ..isshh memacam lah yg nyusahkan diri.., kerr sebab nak cukupkan apa tu kokurikulum punya CPA ntah aper ntah, hehhehehe sorry ah masing masing lah kan nak hidup kat usm tu... tapi.........disebabkan aku ni kengkawan rapat giler ngan budak ROTU nii so aku kenallah kengkorang semua serba sikitttt tambah aku duduk pun berjiran ngan korang dulu Desa Kembara yang boring tu , desa korang lagi gempak..Wahai kengkawan semua Shahhhhhhh,, Hudaaaaaaa n Farid windu ahhhhhhh korang semua..isk!isk!sedih la plak ..(senyap jap terkonang zaman kat usm dulu).....ishh macam2 kenangan lah ...

Aku ni abih usm je melepak kat umah ader lah dalam 2 bulan jer..pas tu mak aku carikkan kerja , tak kasi can tul aku nak relaks dulu, dapat lah kerja bank , kerja kontrak kat Alliance Bank Pegawai lah kengkonon..tak tahan lah keja ngan Org cina..susah skit nak naik..tak konfem konfem aku kerja kat sana..fed up lah jugak...alih2 dalam senyap aku sesajer apply kat Bank Islam ader kosong kot masa tu rezeki aku lah alhamdullilah..terus lah dapat sampai skang ni pun pakai line internet Bank ISlam , tak buat kerja aku bila aku call si Shah kata dah ada blog usm sendiri, leh ar aku mengembangkan bisnes aku kat siniiii...thanks Shah..tak banyak kot pasal aku korang nak tahu sebab aku tak join ROTU hehhehe..


Skang ni pun, aku rasa tak berbaloi jer sijil aku tu tak der kena mengena ngan apa yg aku blaja, tapi oklah life after USM ni enjoy skit tak yah buat paper,,, tapi bila dah masuk Bank Islam kena buat paper gak, maleh tul akuu..apa nak citer ek, sesaper nak mintak keje kat bank islam ni leh ar aku rekomenkannn hehheheh
Bertahun lamanya, aku dah bekerja aku rasa buat bisnes lagi dapat byk duit. So, kepada sesaper yang berminat nak bukak bisnes cam aku , sesaper yang nak carik duit lebih kontek aku..alamak lupa plak nak citer bisnes..

Aku ni ader bisnes ANDAMAN..Seri Sireh Avenue..so sesaper yg nak kahwin leh arr kontek aku dapat diskaun/sale memacam lagi lah sebab korang budak USm hehhehe dari make up artist sampai lah ke pelamin semua aku buat, dan lagi satu bisnes aku paling kencang skang ni Printing Company ngan Hubby aku hehehehh sesaper nak buat KAD KAHWIN aku charge RM0.65 sen sekeping termasuk printing interlay map semua skalik ahh pakejj dan kad-kad yang lain cantik n imported hhheeejhehheh susah susah sangat saper yang berhajat nak kahwin call akuuuuuu okehh..salamsssss(pstt saper nak jadik agen kad kahwin aku - memang bleh buat duit sekali order bleh dapat paling busuk RM150.00 sekali order kalau 5 org skali order dah braper ..kira sendiri ah, memang best dapat duit banyak ni kayooo)

Ok Shah , thanks for let me know this blog, Anyone here yang berminat bleh arr call aku yer or email aku kat serisireh@humlog.com.my / serisireh@time.net.my . Phone # 019 6362880/0192510471.dan sesaper yg berminat nak berbisnes leh call aku lahh jadi agen aku..ok..? Hazleen X-USM @ DesaKembara/kengkawan ROTU.....tolong kengkawan apa saleh hnyerr, chow chin chowww bye guyss...

Monday, April 10, 2006

Remember the Titan

Hi, assalamualaikum wbkt..I just being inform by our Anjali Sharma ( Hayati ) about this blog. aku ni bukanlah IT savvy, then luckily there were a guideline how to write our news...thanks for that knowledge. Lepas grad 2000, aku kerja mcm mcm, bermula di AMC Billion electronics factory hinggalah aku jadi GSTT kat salah sebuah Sekolah Menengah di P.Pinang, I teach English for lower form and Mathematics. I was there since 2000-2002, alhamdulilah at last I got a kerja tetap sebagai Pegawai Kaunselor di JKMM. First posting aku balik Kuching, Sarawak berkhidmat 1 tahun 11 hari, aku ditukarkan ke Penang semula...because our department shortage of Male officer...so now, I'm in KOMTAR Tingkat 30..and I married last year 2005, August with Penangite...my wife is a teacher KPLI jugak. KPLI, aku pun pernah mintak and sit for interview but when I got the offer, I was in JKMM already so, quite confusing...to choose which one is better. Tapi, aku bersyukur coz because of my job dealing with marriage, juvenile, old folk and organization now I'm quite understand on human. Actually, my job is related to Akta Kanak-Kanak 2001, and I've to attend a court session every wednesday and examine the juvenile psychological crisis based on psychological test. Ok, I think is enough for today, if I've an opportunity to write something I'll write again. Glad to hear from all of you soon...aswandiomar@yahoo.com

Friday, March 24, 2006

Hikayat Shah 0808

Pada zaman dahulu kala... hehe takde idea la aku ni nak start citer...Ok aku start dari tarikh kita habis konvo pada bulan Jul 2000. Balik dari konvo jer aku dapat keje ngan penyanyi Imad di hentian Rehat Kesas Kinrara sebagai pembantu jualan. Tapi aku keje tak lama dalam 3 bulan jer sebab waktu keje yang tak fleksible. Hari sabtu & ahad kena kerja, balik kadang2 kul 1 pagi baru sampai rumah, drive sorang2 lak tu.. kerjanya memang best, saper2 kalau ada lalu restoran jejantas highway sungai buloh tentu akan terlihat Imad Gallery.. Imaduddin.. ko jgn perasan.. hehe taklah aku gurau2 jer..
Lepas tu lak aku kerja kat restoran makan sebagai pembantu, dari kejer mop lantai sampai la mengambil pesanan pelanggan aku buat...Kat restoran pun tak lama dlm 2 bulan jer.
Dalam bulan dis tahun 2000 itu aku dipanggil temuduga oleh Jabatan Tenaga Kerja kat Klang utk jadi kerani di syarikat Vendor Perodua. Seronok dan macam2 pengalaman aku dapat masa kerja kat situ, selalu gakla aku turun PERODUA rawang.. cuma aku tak tahan bila diorang ingat aku boleh buat semua kejer maka aku akan dilambakkan dengan kerja walaupun itu bukan kerja aku, mula2 aku masuk untuk jawatan admin, lama kelamaan aku kena handle part warehouse + akaun. So aku dah pegang 3 department.
Kebetulan waktu tu ada program utk lepasan graduan yang menganggur utk Sijil ICT di UNISEL. Aku apply dan dapat second intake. Bila aku dah dapat peluang, baru aku apply utk berhenti.. Kesian gak aku tgk bos lama aku tu dia ingat aku berhenti sebab dapat tawaran kat tempat lain. Yerla penat2 diaorang ajar aku selama 2 tahun ni tiba2 aku nak berhenti lak. Walaupun aku dah belajar tapi aku masih kejer part time kat situ untuk ajar budak baru yang masuk, ok gak.. aku dapat duit elaun tiap2 bulan plus keje part time.. bolehla.. Tapi tak lama lepas 3 bulan dan aku rasa budak tu betul2 dah boleh handle keje aku baru aku berhenti..
Setelah 6 bulan aku amik course ICT ni aku ingat akan dapat kerja yang lebih baik.. tapi macam dulu gak, aku kerja kerani jer kat syarikat insurans sampai la sekarang... Heheh so sesiapa nak tanya berhubung perkara insurans kenderaan atau bersangkut paut ngan JPJ boleh la tanya ngan aku
So itu ler serba sedikit riwayat hidup aku...
SHAH 0808 24 MAC 2006

Wednesday, March 22, 2006

APA KABAR SEMUA

ASSALAMUALAIKUM...
Semoga rakan2 semua sihat2 belaka ye. nak cerita la perkembangan imie (7510800), selepas habis belajar dulu. lepas abis buat master imie dapat tawaran jadi pegawai penyelidik katu Unisains Holding USM. keja la buat research ngan USM. kemudian berhenti dari jadi RO (research officer) keja kat IPT sebagai eksekutif,bekerja sebagai pengurus kepada sebuah IPT yang buat kursus MLVK. banyak cawangan tempat keja imie nie, mula2 kat cawangan taiping, berpindah ke cawangan johor di bandar baru uda, kerap juga outstation ke kota kinabalu coz kat sana ada cawangan IPT tersebut. seronok juga keja kat IPT swasta nie, banyak pengalaman yang imie dapat dan berjalan2 pun banyak juga termasuklah shopping, dan jadilah rahimie yang suka bershopping. kalau masa ROTU dulu suka sangat bergambar, dah keja pun suka juga bergambar dan shopping. keja kat sini seronok berjalan la buat promosi untuk pengambilan pelajar2 baru. tapi tak kekal juga keja kat sini, my parents lebih suka imie bekerja sebagai seorang GURU, so imie balik sarawak jadi guru sandaran kat Kapit. keja sebagai guru tu ayah yang carikan coz masa tu imie kat semenanjung.jadilah seorang guru pulak, mengajar geografi sahaja utk pelajar tingkatan 2 & 3 tahun 2005. akhir tahun 2005 pada 24.12.2005 imie berkahwin dan mengikut suami berpindah ke bangi perdana, bandar baru bangi. sekarang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. sekarang dok kat kajang, keja lak kat ampang. itu sajer cerita imie untuk semua. rindu kat kekawan semua. hp imie 0123186381. nanti kita sambung lagi cerita ye...banyak lagi nak cerita nie.bye semuaaaa...

Thursday, March 16, 2006

Attention...

Tarikh : 1 Apr 2006
Masa : 9.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Laman Seni, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
Untuk keterangan lebih lanjut boleh klik ke blog Mat Jan

P/s : marilah beramai2 kita join Geng Jurnal, ada forum, ada cerita, pendek kata macam2 ada. Untuk bulan Mei nanti ada Projek BASAH di kem lambaian danau Melaka

Tuesday, March 14, 2006

Assalamualaikum Geng...

Apa kbr semua.. ingat kt nasrul lg x? br semlm ijal bgtau ada blog ni. alang2 dah masuk ni bleh la aku crita skit2 apa dah jadi kt aku. Lps abih usm, lama jgk la aku tanam anggur sambil jual burger. Pahtu keje jd office boy, jd guru ganti pun sempat juga. Aku ada jgk apply askar tp senyap je x b'balas.
Aku apply kpli, terus dapat plak. Aku 1st batch kpli yg masuk skolah rendah. Thn 2004 aku start ngajar kt kota tinggi, johor. Skolah aku kira ulu skit, tiap2 ari aku naik bot enjin sangkut pi skolah. Sungai ada buaya plak tu. Cikgu suma 5 orang, budak plak thn ni ada 25 orang. Aku option english, susah btul nak ngajor budak pedalaman ni. Tp dok skolah ni mmg sempoi.. haha..
Thn lps ada jgk aku jumpa Yati masa nak blk raya haji kt stesen bas Larkin, tp x sempat nak bual2. Kalu ada brita t'gempar @ lubang2 buat duit, bleh la hntr emel kt aku- nunsodro@yahoo.com.

Monday, February 27, 2006

I'm Back & Cara2 Utk Masukkan Gambar ke Photo Album

Amboi2 sepanjang ketiadaan aku terus berubah blog ni... heheh pandai pun... Wat pengetahuan semula aku baru balik dari Gunung Nuang, seronok banget... plan asal nak gi Air Terjun Perlus tapi sebab perjalanan lagi memakan masa so mungkin akan dipinda ke tarikh yang lain..ok.. news terbaru... aku dah buat photo album untuk semua...
Simply send your images to
askar2pencen.usm@tamw.com via MMS or Email. Kalau nak tengok balik gambar tu just klik http://askar2pencen.textamerica.com/.
Kalau nak masukkan gambar secara manual gi ke laman web http://www.textamerica.com. Klik ke My Account. Login - askarpencen, password sama seperti nak masuk blog.. Untuk masukkan gambar just gi browse di bahagian Multiple File Upload. Untuk edit gambar yang sedia ada pulak just klik ke bahagian Entries. Selepas itu klik dibahagian bawah gambar Advanced Entry Edit. Selepas masukkan title atau apa2 komen dibahagian text klik update, untuk melihat semula bahagian yang telah diedit just klik semula ke CP main dan klik ke askar2pencen.textamerica.com. Ok sebarang pertanyaan just sembang ngan shah ok

Akhirnya...


Fuhh... dapat gak aku bt menda ni..
so pekabor semua... haarp2 tu sesihatlah hendaknya ek...
ok ini citer aku lak... babnyer ijal bria benor nk dgor citer teman ni.. so pas grad aku cam biasak ler ingat nk rehat lah jap brg 2-3 bln sblm memulakan pencarian keja ... so blk ler kg... dalam sebulan lebih lak mak aku kne strok... so seems that aku yg palg dewasa dlm familiy ku time tu.. so terpaksa lah aku memikul tanggungjawab... aku pn jadk malas nak mintak keja mana2 kalu kja pn ati tak senang gak iya tak? so bla mak aku dh ok sikit ... around 2003 tuh aku mula la keja bak kata ijal carca marba.. aku jual lingua phone... aku keja kt jaya jusco puchong... berenti kt situ aku keja kt taska area puchong utama.. semua keja tuh aku bt tak lama... last2 aku berenti..blk kampung. aku apllied KPLI gak.. so somewhere 2003 tu ada walked interview askar kt kok lanas Kel... abg aku pg pemilihan tu aku lak tak pegi sbb dpt interbiu KPLI so confidant dapat lah ni... tap tup tup aku tak dapt... tak dipanggil... kalu aku tahu cam tu aku pg jer pemilihan peg graduan tu.. so aku tgu another 1 year... utk mask askar
Finally tanggal 1 january 2004 jadk ler aku askar sec sah ditauliahkan dlm KOR PERKHIDMATAN AM (Pendidikan). mula2 tu aku ingat aku kena ulang blk semula
training dolu tuu untk another 9 blan sbb ROD aku dh tamat... so aku nyer SO2 anggota kata aku takyah buang masa nk pg course tuh lelama... so pg ler 4 bln jer... cam iktisas. tp yg tak best nyer kena passing out kawad gak... bukan apa yg palapes nyer lg best dn grand... agung tuh yg amik...
tp untuk peg graduan hanya PTD jer peg tabik hormat sedih aku!! pastu comradeship antra peg graduan tak leh challenge kita punyer... depa ntah apa2, bangga sgt ngan ijzah dah ler tak pandai kawad... kurang ajar... sombong plak tuh... prasan baguih... fed up btul aku... so kesimpulannya aku tak geng sgt ngan depa tuh aku dok dlm kumpln ex palapes jer lah... kita ex palapes ni mmg jauh lebih baik dr depa sbb kita pernh jdk kadet dn tahu camner nk hormat Jurulatih LLP kita btl tk? atau mungkin batch aku nih yg kerek kot..tak tahuler... so aku kt sini ler (SPPTD)IJED.. my 1st unit... pasni nk pg exam kapt-mej plak...
citer peribadi not so interesting to tell.. so pendek kata mash solo lg ler.. aku nk kejar impian aku dulu.. he! he! he!... tp... kalu tuhan dh tetapkan aku khwin esok maka berkahwin ler aku..
oh ya mask kor ni mean aku kena ada dip ed so maybe around JUne kot course dip ed aku tuh berjalan.
ok lah ijal itu jer citer aku yg tk berapa menarik ... apa pn tahniah ler sbb dah bercahaya mata... dan aku rasa aku ada terima kad jemputan hang cma aku tak leh nk peg.. sbb ada course kt KTD time tuh , untuk pngtahuan smua nor asnah pn dah bercahaya mata sorang lani ada kt ipoh... ruzila salim pn dah bercahaya mata gak sorang... chik sepini maybe dh mask dua kot... rosmaida last time dgr dh kahwin pn... mak engku..TIRa ada kt perlis tgh tgu turn nk kahwin... kot... KIM Tronoh aku jmpa dia kt ALAMANDA ari tuh pn dh bercahaya mata... dia keja somewhere in KL...
itu jerlah yg aku tahu
bt kak syahmin joint jer lah bolg kita org ni tak kisah..nk dgr gak citer akak... i miss u so much....
that's all for now bye chow chin chow...

Sunday, February 26, 2006

TAZKIRAH

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Tatacara Menyiarkan Hasil Tulisan

1. Klik pada ikon "get your own blog" diatas laman blog anda.

2. Masukkan username askarpencen, password 123456.

3. Paparan (Dashboard ) akan muncul.

4. Kemudian klik pada XROTU-USM-97-00.

5. Akan keluar semua tajuk yang ada dalam blog askar pencen. Untuk memasukkan siaran anda, klik pada ikon "create new post" atau 'create'.

6. Selepas itu taipkan cerita yang ingin disiarkan.

7. Setelah selesai, tekan preview disebelah kanan untuk menyemak hasil tulisan anda.

8. Sekiranya anda ingin menyimpan cerita anda sebelum menyiarkannya, clik "save as draft". Sekiranya dah berpaus hati, clik "publish post".

Untuk pastikan sistem berjalan lancar, pastikan hanya 1 orang sahaja yang bekerja membuat/post cerita terkini.

Thursday, February 23, 2006

Sorry...

Sorry... untuk saper2 yang nak masukkan sendiri cerita.... aku dah email cara2 kat Ijal, so korang boleh email kat ijal... tapi kalau ko tak nak wat sendiri... lagi senang korang email kat aku apa2 cerita yang korang nak masuk.. aku akan copy and paste je kedalam blog ni..
Untuk pengetahuan semua aku tak masuk ofis dari 24.02.06 sehingga 26.02.06. Aku ada training di KL on Friday dan onSat & Sun aku ada camp kat Air Tejun Perlus kat Ulu Langat... Doakan keselamatan aku... Bye..

p/s tapi yang paling penting saper2 nak masukkan sendiri cerita just tulis kat ruang sembang supaya takde orang lain yang masuk... Cau cin cau

Wednesday, February 22, 2006

Aisyah Najwa

Saper Aisyah Najwa? Jangan terkejut itu nama anak buah baru kita, anak Azharisham. Keluar ke dunia tepat pada pukul 12.25 tengah hari di Pusrawi Kota Damansara pada 21.02.2006 iaitu semalam lah. Berat 2.5 kilo jer, rasanya comel benar anak si Syam ni almaklumler ikut baka ibu kot. Syam akan balik esok ke kg untuk menghabiskan masa berpantangnya.
Untuk pengetahuan Miss Yati, Farok dah ada dua orang cahayamata, Leman pulak isterinya baru mengandung, aku dah minta email diaorang ni tapi kedua2nya takder email. Sebarang berita aku akan inform kemudian.
Untuk Gee lak aku pilih kaler hijau sebab warna palapes, cuma kaler tulisan aku akan bagi kaler purple untuk mengingatkan kita pada USM. Hehe... ko belum tengok kaler blog aku sendiri, gelap jer, tapi aku lum sedia untuk korang semua baca kisah aku... hehehe tunggu jerlah...

Ijal punya story

Ijal 0778 said... A'kum. La ni aku baru habis kerja. Selalunya aku akan balas email korang semua lepas opis. So bila dah ada blog ni, aku rase mudah sekali nak berkomunikasi ngan korang.So sape2 nak chat ngan aku aku dah set pukul 5 je aku online. Hehehe...:)
OK la, tadi aku janji nak cite pasa perkembangan aku yang terkembang. Lepas je grad dulu aku terus berhijrah ke Kuantan mencari pekerjaan.Bermacam pekerjaan aku buat, jadi tukang cuci bilik hotel la, keje opis boy kat sepital, keje dispatch kat lawyer firm, keje fast food keje kedai makan, pelayan hotel sampailah aku dapat offer kerja ngan MISC (Malaysia International Shipping Corp.)sebagai pekerja tetapp setelah hampir setahun aku bekerja carca marba ni. (nak wat cam ne dah ditakdirkan gitu yedak)Aku keje kat Kuantan tak lama, cuma 6 bulan selepas ditukarkan ke Kerteh, Terengganu sampai la sekarang. Duduk kerteh (bujang selama 3 tahun) sambil mengorat awek Petronas, akhirnya kawin jugak akhirnya dengan awek tu pada 20/11/2004. Nama bini aku Ainul Farakhana,setahun lepas kawin alhamdulillah dikurniakan cahaya mata pompuan nama Hikmah Humaira. Comel macam abi dia,dah 4 bulan dah la ni.Nanti masa gathering nanti boleh le Hikmah jumpa makcik2 & pakcik2 tersayangnye nanti.pasal bdan aku pulak, lepas je kawin, maintain lagi, mana daknye, masih aktip berjogging, tapi semenjak 2 menjak ni aku dah mandom, kat cni ari2 ujan, so, dok umah tgk tv jela, so badan aku pn membelon tanpa dapat diakwal lagi, perut sudah tak leper lagi, yang lagi frust, baju no1 aku dah tak boleh dipakai lagi, tak boleh nak kancing butang coz perut dah kedepan tak macam dulu macho dan ramping ajer...hehehe..sedey2. ok le kengkawan, aku nak punch balik,esok aku sambung balik. Seronok dapat dengar dari korang pulak nanti.
Wassalam.
6:05 PM

Monday, February 20, 2006

HARI INI DALAM SEJARAH


Ari ni aku dapat email dari gee utk wat 1 blog utk bekas2 rotu, bagi aku wat blog ni senang cuma yang aku malas ialah nak update & mencantikkan lagi blog ni... apapun aku sanggup stay back ari ni coz utk kengkawan, korang boleh memberikan komen yang membina utk aku update lg blog yang tak seberapa ni, sesiapa yang nak chat kena tunggguuuuuuu