Soalan: Apakah hukum Islam mengenai merokok? Kalaulah hukumnya haram maka apakah status penghisap rokok yang amat ketagih sehingga terlalu sukar untuk meninggalkan tabiat ini? Apa pula hukumnya kepada sebuah negara yang mengamalkan polisi mengimport, menjual, dan membiarkan rakyat yang merokok? Mengubal dan menitik beratkan undang-undang mengenai arak, tidakkah ia boleh diadakan undang-undang yang sama mengenai merokok?
Jawapan: Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Majlis Kajian dan Fatwa Islam telah mengeluarkan fatwa merokok, menanam tembakau, dan menjual rokok adalah haram dalam Islam. Pejabat Wilayah untuk kawasan timur Mediterranian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang juga disertai oleh 21 Negara Islam menerbitkan buku berjudul ' Hukum Islam Mengenai Rokok'. Di mana 15 orang ulama' besar mengeluarkan fatwa berasingan mengenainya. Kesemua mereka melainkan dua orang mutlak mengfatwakan bahawa merokok itu hukumnya Haram. Manakala dua orang ulama' sahaja mengambil hukumnya di antara Makhruh dengan Haram. Hari ini, kebanyakkan golongan ulama' telah pun berpegang teguh kepada hukum Haram, malah jumlahnya kian menigkat hari demi hari. Tidak ada dikalangan para ulama' yang telah pun berpegang kepada hukum tersebut meminda pegangan mereka, tetapi bagi sebahagian ulama' yang berpegangan sederhana telah meminda hukum tersebut kepada hukum Haram setelah mengetahui kemudaratannya bukan sahaja kepada kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekitar perokok tersebut. Sudah terbukti bahawa merokok boleh membawa sekitar 25 jenis penyakit membunuh, termasuklah nisbah besarnya kanser dan sakit jantung. Salah seorang daripada dua orang perokok menemui ajal akibat penyakit yang disebabkan hasil merokok. Dengan risiko yang sangat tinggi para ulama' hanya mampu berfatwakan Haram sebagai hukumnya sahaja. Amatlah terlarang sama sekali sekiranya seorang Islam itu baru mahu memulakan merokok atau cuba-cuba berjinak dengan tabiat merokok. Tidak ada sebab musabab apa perlunya mereka mahu menceburi perbuatan merokok. Tetapi persoalan rumit timbul kepada seorang perokok Islam yang telah lama merokok serta ketagih, dan terlalu susah untuknya meninggalkan tabiat lama ini, manakala dalam masa yang sama baru mengetahui akan haram pula hukumnya, apa perlu dia lakukan? Meninggalkan tabiat merokok amatlah susah sekali, kerana rokok mengandungi nakotin. Setiap perokok yang telah berterusan selama satu tahun xxxxx sudah mengalami ketagihan itu sendiri. Mengikut para ulama' masalah ketagih itu tidak langsung menjadi penyebab untuk meminda hukum haram kepada makhruh. Perokok begini hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan meminta taufik dan hidayahnya untuk segera berhenti mengulangi perkara haram begini di dalam amalan hariannya. Bersungguh-sungguh berniat untuk berhenti merokok dan perokok begini jangan sekali-kali berpuas hati dengan sekadar berkata " Saya telah cuba tetapi saya gagal". Walaupun perokok itu telah mencubanya sepuluh kali lebih. Ini juga tidak harus dijadikan 'pasport' untuk beliau terus merokok dan meneruskan perbuatan haram ini. Kebanyakan Negara ada menyediakan pertolongan kepada perokok-perokok begini untuk meninggalkan tabiat merokok. Perokok mesti terus bersusah payah untuk mendapatkan bantuan bagi memberhentikan tabiat merokok seandainya beliau tidak mampu melakukan bersendirian. Memohon bantuan dimana yang dapat diperolehi.Cara lain juga dicadangkan agar perokok itu sendiri mengurangkan jumlah isapannya setiap hari. Sekiranya kebiasaannya dia merokok 20 batang sehari, maka hendakalah dia kurangkan kepada 15 batang sehari. Seterusnya kurangkan jumlahnya secara istiqamah. Seorang perokok yang ketagih akan mengalami kesukaran namun peluang begini boleh diteruskan selama satu tahun. Asalkan ada perubahan dari segi jumlah hisapannya berkurangan. Cara begini juga boleh mengajar perokok untuk mendisiplinkan diri. Ia amat membantu perokok itu untuk terus berhenti merokok akhirnya.Cara lain juga, sebagai seorang perokok muslim, perokok itu hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon dengan Nya agar diberi kejayaan di dalam usaha murni perokok itu untuk berhenti merokok. Perokok hendaklah mengulangi hasrat ini kepada Allah s.w.t untuk meninggalkan pekerjaan haram ini yang bertentangan dengan agama Islam, melepaskan diri sendiri dari menanggung dosa yang boleh dielakkan. Tambahan pula, perokok Islam mempunyai peluang setiap tahun untuk mengurangkan / meniggalkan tabiat ketagih ini pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan bekerja di siang hari dan tidur / rehat di malamnya.Sesebuah kerajaan itu mestilah mengambil inesiatif untuk membasmi apa jua industri yang ada kaitan dengan tembakau. Menurunkan kadar penggunaanya. Bagaimana mungkin adalah berbeza dari mengadakan kempen penerangan bertapa mudaratnya kesan merokok itu kepada kesihatan, program kesihatan kepada sekolah-sekolah sehingga kesedaran kepada anak-anak muda akan akibatnya dan menghindarkan mereka dari menjadi perokok muda, mengenakan cukai yang tinggi kepada hasil tembakau dan natijahnya setiap kenaikan akan hanya tidak memberangsangkan pembelian rokok terutama di kalangan anak-anak muda.
This article is taken from www.arabnews.comEdited by Adil SalahiTranslated by MNY, Madrasah Al-Wahidah. Disusun oleh Nur Asifa Mohd Nasaruddin.
Monday, September 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment