Friday, March 24, 2006

Hikayat Shah 0808

Pada zaman dahulu kala... hehe takde idea la aku ni nak start citer...Ok aku start dari tarikh kita habis konvo pada bulan Jul 2000. Balik dari konvo jer aku dapat keje ngan penyanyi Imad di hentian Rehat Kesas Kinrara sebagai pembantu jualan. Tapi aku keje tak lama dalam 3 bulan jer sebab waktu keje yang tak fleksible. Hari sabtu & ahad kena kerja, balik kadang2 kul 1 pagi baru sampai rumah, drive sorang2 lak tu.. kerjanya memang best, saper2 kalau ada lalu restoran jejantas highway sungai buloh tentu akan terlihat Imad Gallery.. Imaduddin.. ko jgn perasan.. hehe taklah aku gurau2 jer..
Lepas tu lak aku kerja kat restoran makan sebagai pembantu, dari kejer mop lantai sampai la mengambil pesanan pelanggan aku buat...Kat restoran pun tak lama dlm 2 bulan jer.
Dalam bulan dis tahun 2000 itu aku dipanggil temuduga oleh Jabatan Tenaga Kerja kat Klang utk jadi kerani di syarikat Vendor Perodua. Seronok dan macam2 pengalaman aku dapat masa kerja kat situ, selalu gakla aku turun PERODUA rawang.. cuma aku tak tahan bila diorang ingat aku boleh buat semua kejer maka aku akan dilambakkan dengan kerja walaupun itu bukan kerja aku, mula2 aku masuk untuk jawatan admin, lama kelamaan aku kena handle part warehouse + akaun. So aku dah pegang 3 department.
Kebetulan waktu tu ada program utk lepasan graduan yang menganggur utk Sijil ICT di UNISEL. Aku apply dan dapat second intake. Bila aku dah dapat peluang, baru aku apply utk berhenti.. Kesian gak aku tgk bos lama aku tu dia ingat aku berhenti sebab dapat tawaran kat tempat lain. Yerla penat2 diaorang ajar aku selama 2 tahun ni tiba2 aku nak berhenti lak. Walaupun aku dah belajar tapi aku masih kejer part time kat situ untuk ajar budak baru yang masuk, ok gak.. aku dapat duit elaun tiap2 bulan plus keje part time.. bolehla.. Tapi tak lama lepas 3 bulan dan aku rasa budak tu betul2 dah boleh handle keje aku baru aku berhenti..
Setelah 6 bulan aku amik course ICT ni aku ingat akan dapat kerja yang lebih baik.. tapi macam dulu gak, aku kerja kerani jer kat syarikat insurans sampai la sekarang... Heheh so sesiapa nak tanya berhubung perkara insurans kenderaan atau bersangkut paut ngan JPJ boleh la tanya ngan aku
So itu ler serba sedikit riwayat hidup aku...
SHAH 0808 24 MAC 2006

Wednesday, March 22, 2006

APA KABAR SEMUA

ASSALAMUALAIKUM...
Semoga rakan2 semua sihat2 belaka ye. nak cerita la perkembangan imie (7510800), selepas habis belajar dulu. lepas abis buat master imie dapat tawaran jadi pegawai penyelidik katu Unisains Holding USM. keja la buat research ngan USM. kemudian berhenti dari jadi RO (research officer) keja kat IPT sebagai eksekutif,bekerja sebagai pengurus kepada sebuah IPT yang buat kursus MLVK. banyak cawangan tempat keja imie nie, mula2 kat cawangan taiping, berpindah ke cawangan johor di bandar baru uda, kerap juga outstation ke kota kinabalu coz kat sana ada cawangan IPT tersebut. seronok juga keja kat IPT swasta nie, banyak pengalaman yang imie dapat dan berjalan2 pun banyak juga termasuklah shopping, dan jadilah rahimie yang suka bershopping. kalau masa ROTU dulu suka sangat bergambar, dah keja pun suka juga bergambar dan shopping. keja kat sini seronok berjalan la buat promosi untuk pengambilan pelajar2 baru. tapi tak kekal juga keja kat sini, my parents lebih suka imie bekerja sebagai seorang GURU, so imie balik sarawak jadi guru sandaran kat Kapit. keja sebagai guru tu ayah yang carikan coz masa tu imie kat semenanjung.jadilah seorang guru pulak, mengajar geografi sahaja utk pelajar tingkatan 2 & 3 tahun 2005. akhir tahun 2005 pada 24.12.2005 imie berkahwin dan mengikut suami berpindah ke bangi perdana, bandar baru bangi. sekarang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. sekarang dok kat kajang, keja lak kat ampang. itu sajer cerita imie untuk semua. rindu kat kekawan semua. hp imie 0123186381. nanti kita sambung lagi cerita ye...banyak lagi nak cerita nie.bye semuaaaa...

Thursday, March 16, 2006

Attention...

Tarikh : 1 Apr 2006
Masa : 9.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Laman Seni, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
Untuk keterangan lebih lanjut boleh klik ke blog Mat Jan

P/s : marilah beramai2 kita join Geng Jurnal, ada forum, ada cerita, pendek kata macam2 ada. Untuk bulan Mei nanti ada Projek BASAH di kem lambaian danau Melaka

Tuesday, March 14, 2006

Assalamualaikum Geng...

Apa kbr semua.. ingat kt nasrul lg x? br semlm ijal bgtau ada blog ni. alang2 dah masuk ni bleh la aku crita skit2 apa dah jadi kt aku. Lps abih usm, lama jgk la aku tanam anggur sambil jual burger. Pahtu keje jd office boy, jd guru ganti pun sempat juga. Aku ada jgk apply askar tp senyap je x b'balas.
Aku apply kpli, terus dapat plak. Aku 1st batch kpli yg masuk skolah rendah. Thn 2004 aku start ngajar kt kota tinggi, johor. Skolah aku kira ulu skit, tiap2 ari aku naik bot enjin sangkut pi skolah. Sungai ada buaya plak tu. Cikgu suma 5 orang, budak plak thn ni ada 25 orang. Aku option english, susah btul nak ngajor budak pedalaman ni. Tp dok skolah ni mmg sempoi.. haha..
Thn lps ada jgk aku jumpa Yati masa nak blk raya haji kt stesen bas Larkin, tp x sempat nak bual2. Kalu ada brita t'gempar @ lubang2 buat duit, bleh la hntr emel kt aku- nunsodro@yahoo.com.