Friday, March 24, 2006

Hikayat Shah 0808

Pada zaman dahulu kala... hehe takde idea la aku ni nak start citer...Ok aku start dari tarikh kita habis konvo pada bulan Jul 2000. Balik dari konvo jer aku dapat keje ngan penyanyi Imad di hentian Rehat Kesas Kinrara sebagai pembantu jualan. Tapi aku keje tak lama dalam 3 bulan jer sebab waktu keje yang tak fleksible. Hari sabtu & ahad kena kerja, balik kadang2 kul 1 pagi baru sampai rumah, drive sorang2 lak tu.. kerjanya memang best, saper2 kalau ada lalu restoran jejantas highway sungai buloh tentu akan terlihat Imad Gallery.. Imaduddin.. ko jgn perasan.. hehe taklah aku gurau2 jer..
Lepas tu lak aku kerja kat restoran makan sebagai pembantu, dari kejer mop lantai sampai la mengambil pesanan pelanggan aku buat...Kat restoran pun tak lama dlm 2 bulan jer.
Dalam bulan dis tahun 2000 itu aku dipanggil temuduga oleh Jabatan Tenaga Kerja kat Klang utk jadi kerani di syarikat Vendor Perodua. Seronok dan macam2 pengalaman aku dapat masa kerja kat situ, selalu gakla aku turun PERODUA rawang.. cuma aku tak tahan bila diorang ingat aku boleh buat semua kejer maka aku akan dilambakkan dengan kerja walaupun itu bukan kerja aku, mula2 aku masuk untuk jawatan admin, lama kelamaan aku kena handle part warehouse + akaun. So aku dah pegang 3 department.
Kebetulan waktu tu ada program utk lepasan graduan yang menganggur utk Sijil ICT di UNISEL. Aku apply dan dapat second intake. Bila aku dah dapat peluang, baru aku apply utk berhenti.. Kesian gak aku tgk bos lama aku tu dia ingat aku berhenti sebab dapat tawaran kat tempat lain. Yerla penat2 diaorang ajar aku selama 2 tahun ni tiba2 aku nak berhenti lak. Walaupun aku dah belajar tapi aku masih kejer part time kat situ untuk ajar budak baru yang masuk, ok gak.. aku dapat duit elaun tiap2 bulan plus keje part time.. bolehla.. Tapi tak lama lepas 3 bulan dan aku rasa budak tu betul2 dah boleh handle keje aku baru aku berhenti..
Setelah 6 bulan aku amik course ICT ni aku ingat akan dapat kerja yang lebih baik.. tapi macam dulu gak, aku kerja kerani jer kat syarikat insurans sampai la sekarang... Heheh so sesiapa nak tanya berhubung perkara insurans kenderaan atau bersangkut paut ngan JPJ boleh la tanya ngan aku
So itu ler serba sedikit riwayat hidup aku...
SHAH 0808 24 MAC 2006

No comments: