Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu dianjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.
Fadilat Rejab:
1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
16. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
17. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
18. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."
No comments:
Post a Comment