Wednesday, February 22, 2006

Aisyah Najwa

Saper Aisyah Najwa? Jangan terkejut itu nama anak buah baru kita, anak Azharisham. Keluar ke dunia tepat pada pukul 12.25 tengah hari di Pusrawi Kota Damansara pada 21.02.2006 iaitu semalam lah. Berat 2.5 kilo jer, rasanya comel benar anak si Syam ni almaklumler ikut baka ibu kot. Syam akan balik esok ke kg untuk menghabiskan masa berpantangnya.
Untuk pengetahuan Miss Yati, Farok dah ada dua orang cahayamata, Leman pulak isterinya baru mengandung, aku dah minta email diaorang ni tapi kedua2nya takder email. Sebarang berita aku akan inform kemudian.
Untuk Gee lak aku pilih kaler hijau sebab warna palapes, cuma kaler tulisan aku akan bagi kaler purple untuk mengingatkan kita pada USM. Hehe... ko belum tengok kaler blog aku sendiri, gelap jer, tapi aku lum sedia untuk korang semua baca kisah aku... hehehe tunggu jerlah...

1 comment:

Anonymous said...

Welcome aboard Aisyah Najwa.Mudah2an Aisyah jadi muslimah sejati yang sempurna akhlak pekertinya.Amin.Hope we can meet together with Hikmah Humaira masa gathering nanti ek.