Monday, February 27, 2006

I'm Back & Cara2 Utk Masukkan Gambar ke Photo Album

Amboi2 sepanjang ketiadaan aku terus berubah blog ni... heheh pandai pun... Wat pengetahuan semula aku baru balik dari Gunung Nuang, seronok banget... plan asal nak gi Air Terjun Perlus tapi sebab perjalanan lagi memakan masa so mungkin akan dipinda ke tarikh yang lain..ok.. news terbaru... aku dah buat photo album untuk semua...
Simply send your images to
askar2pencen.usm@tamw.com via MMS or Email. Kalau nak tengok balik gambar tu just klik http://askar2pencen.textamerica.com/.
Kalau nak masukkan gambar secara manual gi ke laman web http://www.textamerica.com. Klik ke My Account. Login - askarpencen, password sama seperti nak masuk blog.. Untuk masukkan gambar just gi browse di bahagian Multiple File Upload. Untuk edit gambar yang sedia ada pulak just klik ke bahagian Entries. Selepas itu klik dibahagian bawah gambar Advanced Entry Edit. Selepas masukkan title atau apa2 komen dibahagian text klik update, untuk melihat semula bahagian yang telah diedit just klik semula ke CP main dan klik ke askar2pencen.textamerica.com. Ok sebarang pertanyaan just sembang ngan shah ok

Akhirnya...


Fuhh... dapat gak aku bt menda ni..
so pekabor semua... haarp2 tu sesihatlah hendaknya ek...
ok ini citer aku lak... babnyer ijal bria benor nk dgor citer teman ni.. so pas grad aku cam biasak ler ingat nk rehat lah jap brg 2-3 bln sblm memulakan pencarian keja ... so blk ler kg... dalam sebulan lebih lak mak aku kne strok... so seems that aku yg palg dewasa dlm familiy ku time tu.. so terpaksa lah aku memikul tanggungjawab... aku pn jadk malas nak mintak keja mana2 kalu kja pn ati tak senang gak iya tak? so bla mak aku dh ok sikit ... around 2003 tuh aku mula la keja bak kata ijal carca marba.. aku jual lingua phone... aku keja kt jaya jusco puchong... berenti kt situ aku keja kt taska area puchong utama.. semua keja tuh aku bt tak lama... last2 aku berenti..blk kampung. aku apllied KPLI gak.. so somewhere 2003 tu ada walked interview askar kt kok lanas Kel... abg aku pg pemilihan tu aku lak tak pegi sbb dpt interbiu KPLI so confidant dapat lah ni... tap tup tup aku tak dapt... tak dipanggil... kalu aku tahu cam tu aku pg jer pemilihan peg graduan tu.. so aku tgu another 1 year... utk mask askar
Finally tanggal 1 january 2004 jadk ler aku askar sec sah ditauliahkan dlm KOR PERKHIDMATAN AM (Pendidikan). mula2 tu aku ingat aku kena ulang blk semula
training dolu tuu untk another 9 blan sbb ROD aku dh tamat... so aku nyer SO2 anggota kata aku takyah buang masa nk pg course tuh lelama... so pg ler 4 bln jer... cam iktisas. tp yg tak best nyer kena passing out kawad gak... bukan apa yg palapes nyer lg best dn grand... agung tuh yg amik...
tp untuk peg graduan hanya PTD jer peg tabik hormat sedih aku!! pastu comradeship antra peg graduan tak leh challenge kita punyer... depa ntah apa2, bangga sgt ngan ijzah dah ler tak pandai kawad... kurang ajar... sombong plak tuh... prasan baguih... fed up btul aku... so kesimpulannya aku tak geng sgt ngan depa tuh aku dok dlm kumpln ex palapes jer lah... kita ex palapes ni mmg jauh lebih baik dr depa sbb kita pernh jdk kadet dn tahu camner nk hormat Jurulatih LLP kita btl tk? atau mungkin batch aku nih yg kerek kot..tak tahuler... so aku kt sini ler (SPPTD)IJED.. my 1st unit... pasni nk pg exam kapt-mej plak...
citer peribadi not so interesting to tell.. so pendek kata mash solo lg ler.. aku nk kejar impian aku dulu.. he! he! he!... tp... kalu tuhan dh tetapkan aku khwin esok maka berkahwin ler aku..
oh ya mask kor ni mean aku kena ada dip ed so maybe around JUne kot course dip ed aku tuh berjalan.
ok lah ijal itu jer citer aku yg tk berapa menarik ... apa pn tahniah ler sbb dah bercahaya mata... dan aku rasa aku ada terima kad jemputan hang cma aku tak leh nk peg.. sbb ada course kt KTD time tuh , untuk pngtahuan smua nor asnah pn dah bercahaya mata sorang lani ada kt ipoh... ruzila salim pn dah bercahaya mata gak sorang... chik sepini maybe dh mask dua kot... rosmaida last time dgr dh kahwin pn... mak engku..TIRa ada kt perlis tgh tgu turn nk kahwin... kot... KIM Tronoh aku jmpa dia kt ALAMANDA ari tuh pn dh bercahaya mata... dia keja somewhere in KL...
itu jerlah yg aku tahu
bt kak syahmin joint jer lah bolg kita org ni tak kisah..nk dgr gak citer akak... i miss u so much....
that's all for now bye chow chin chow...

Sunday, February 26, 2006

TAZKIRAH

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Tatacara Menyiarkan Hasil Tulisan

1. Klik pada ikon "get your own blog" diatas laman blog anda.

2. Masukkan username askarpencen, password 123456.

3. Paparan (Dashboard ) akan muncul.

4. Kemudian klik pada XROTU-USM-97-00.

5. Akan keluar semua tajuk yang ada dalam blog askar pencen. Untuk memasukkan siaran anda, klik pada ikon "create new post" atau 'create'.

6. Selepas itu taipkan cerita yang ingin disiarkan.

7. Setelah selesai, tekan preview disebelah kanan untuk menyemak hasil tulisan anda.

8. Sekiranya anda ingin menyimpan cerita anda sebelum menyiarkannya, clik "save as draft". Sekiranya dah berpaus hati, clik "publish post".

Untuk pastikan sistem berjalan lancar, pastikan hanya 1 orang sahaja yang bekerja membuat/post cerita terkini.

Thursday, February 23, 2006

Sorry...

Sorry... untuk saper2 yang nak masukkan sendiri cerita.... aku dah email cara2 kat Ijal, so korang boleh email kat ijal... tapi kalau ko tak nak wat sendiri... lagi senang korang email kat aku apa2 cerita yang korang nak masuk.. aku akan copy and paste je kedalam blog ni..
Untuk pengetahuan semua aku tak masuk ofis dari 24.02.06 sehingga 26.02.06. Aku ada training di KL on Friday dan onSat & Sun aku ada camp kat Air Tejun Perlus kat Ulu Langat... Doakan keselamatan aku... Bye..

p/s tapi yang paling penting saper2 nak masukkan sendiri cerita just tulis kat ruang sembang supaya takde orang lain yang masuk... Cau cin cau

Wednesday, February 22, 2006

Aisyah Najwa

Saper Aisyah Najwa? Jangan terkejut itu nama anak buah baru kita, anak Azharisham. Keluar ke dunia tepat pada pukul 12.25 tengah hari di Pusrawi Kota Damansara pada 21.02.2006 iaitu semalam lah. Berat 2.5 kilo jer, rasanya comel benar anak si Syam ni almaklumler ikut baka ibu kot. Syam akan balik esok ke kg untuk menghabiskan masa berpantangnya.
Untuk pengetahuan Miss Yati, Farok dah ada dua orang cahayamata, Leman pulak isterinya baru mengandung, aku dah minta email diaorang ni tapi kedua2nya takder email. Sebarang berita aku akan inform kemudian.
Untuk Gee lak aku pilih kaler hijau sebab warna palapes, cuma kaler tulisan aku akan bagi kaler purple untuk mengingatkan kita pada USM. Hehe... ko belum tengok kaler blog aku sendiri, gelap jer, tapi aku lum sedia untuk korang semua baca kisah aku... hehehe tunggu jerlah...

Ijal punya story

Ijal 0778 said... A'kum. La ni aku baru habis kerja. Selalunya aku akan balas email korang semua lepas opis. So bila dah ada blog ni, aku rase mudah sekali nak berkomunikasi ngan korang.So sape2 nak chat ngan aku aku dah set pukul 5 je aku online. Hehehe...:)
OK la, tadi aku janji nak cite pasa perkembangan aku yang terkembang. Lepas je grad dulu aku terus berhijrah ke Kuantan mencari pekerjaan.Bermacam pekerjaan aku buat, jadi tukang cuci bilik hotel la, keje opis boy kat sepital, keje dispatch kat lawyer firm, keje fast food keje kedai makan, pelayan hotel sampailah aku dapat offer kerja ngan MISC (Malaysia International Shipping Corp.)sebagai pekerja tetapp setelah hampir setahun aku bekerja carca marba ni. (nak wat cam ne dah ditakdirkan gitu yedak)Aku keje kat Kuantan tak lama, cuma 6 bulan selepas ditukarkan ke Kerteh, Terengganu sampai la sekarang. Duduk kerteh (bujang selama 3 tahun) sambil mengorat awek Petronas, akhirnya kawin jugak akhirnya dengan awek tu pada 20/11/2004. Nama bini aku Ainul Farakhana,setahun lepas kawin alhamdulillah dikurniakan cahaya mata pompuan nama Hikmah Humaira. Comel macam abi dia,dah 4 bulan dah la ni.Nanti masa gathering nanti boleh le Hikmah jumpa makcik2 & pakcik2 tersayangnye nanti.pasal bdan aku pulak, lepas je kawin, maintain lagi, mana daknye, masih aktip berjogging, tapi semenjak 2 menjak ni aku dah mandom, kat cni ari2 ujan, so, dok umah tgk tv jela, so badan aku pn membelon tanpa dapat diakwal lagi, perut sudah tak leper lagi, yang lagi frust, baju no1 aku dah tak boleh dipakai lagi, tak boleh nak kancing butang coz perut dah kedepan tak macam dulu macho dan ramping ajer...hehehe..sedey2. ok le kengkawan, aku nak punch balik,esok aku sambung balik. Seronok dapat dengar dari korang pulak nanti.
Wassalam.
6:05 PM

Monday, February 20, 2006

HARI INI DALAM SEJARAH


Ari ni aku dapat email dari gee utk wat 1 blog utk bekas2 rotu, bagi aku wat blog ni senang cuma yang aku malas ialah nak update & mencantikkan lagi blog ni... apapun aku sanggup stay back ari ni coz utk kengkawan, korang boleh memberikan komen yang membina utk aku update lg blog yang tak seberapa ni, sesiapa yang nak chat kena tunggguuuuuuu