Wednesday, July 26, 2006

Seloka Kuanggg...Kuanggg..Kuanggggg!!!!

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api.
Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri.
Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang.
Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu:



Lelaki: Hi... kakak hamil ya?

Ibu hamil: Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak?

Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)

Ibu hamil: (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan
pertanyaannya) Isinya orang ya?


Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).

Ibu hamil: (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)

Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil
menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Tuesday, July 25, 2006

Amalan Bulan Rejab

Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.

Fadilat Rejab:
1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
16. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
17. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
18. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

Tuesday, July 11, 2006

Shichida Methods

Wife aku ada forward satu articel pasal mende ni, & dia suruh aku sama2 practice kat anak aku (Hikmah Humaira). Aku pun nak korang sama2 buat mende2 ni kat anak korang sebab aku nampak ada perubahan bila aku buat kat anak aku..dan yang selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T.

Apa dia Shichida Methods?.....
Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

Antara langkah2nya:-


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuhhati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2.Start guna cards untuk ajar anak. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Monday, July 10, 2006

Demam Piala Dunia-Berita Akhir

Demam World Cup berakhir awal pagi tadi setelah pasukan pilihanku menjulang kejuaraan ulung bola sepak dunia.....yaaaa Italy telah menewaskan France melalui sepakan penentuan penalti 5-3 setelah perlawanan yang berlarutan sehingga masa tambahan gagal menetukan pemenang mutlak. Malang bagi Zinadine Zidane apabila bintang tersohor dari France itu dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir tersebut, sekaligus meninggalkan kenangan pahit bagi beliau beraksi buat kali terakhir dalam arena bola sepak antarabangsa. Sekianlah sahaja berita terkini. Jumpa lagi 2010......:)

Sunday, July 09, 2006

How Two Russian Journalists Cooked an Egg with their Mobile Phones

Vladimir Lagovski and Andrei Moiseynko from Komsomolskaya Pravda Newspaper in Moscow decided to learn first-hand how harmful cell phones are. There is no magic in cooking with your cell phone. The secret is in the radio waves that the cell phone radiates.

The journalists created a simple microwave structure. They called from one cell phone to the other and left both phones on talking mode. They placed a tape recorder next to phones to imitate sounds of speaking so the phones would stay on.

After, 15 minutes: The egg became slightly warm.
25 minutes: The egg became very warm.
40 minutes: The egg became very hot.
65 minutes: The egg was cooked.

Conclusion ..1: Cooking eggs with mobile phones is possible but very expensive ($4.55 or 123 Rubles)
Conclusion ..2: All this talk of danger is exaggerated; even if your brain gets cooked, it would take a couple hours of talking on a cell phone.


It takes approximately 2 minutes of speaking on a cellular phone for the radiation to cross the protective Blood Brain Barrier. So whenever there is a land line available use it in preference to your cell.


Hmmm!!! Now you know!!! No more long talks on your mobail fon.
Dengan promosi wo-kup 50% off la, ini lah, itu lah... gila ke!
By the way, how much would a call lasting 1hr 5min in M'sia be? RM0.15 x 65 = RM9.75!!
anyone care to try? :) i believe there's truth to this....

Renungan

Pertemuan sahabat lama dalam dompet seorang pengusaha keropok lekor yang tersohor di negeri Terengganu Darul Iman. Dalam pertemuan itu banyak perkara yang dicerita-ceritikan:-


Duit Seringgit : Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

Duit Lima Puluh :aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naikSTAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh,ko camner lak?

Duit Seringgit (menunduk sedih) : hmm.. bosan2. balik- balik tempat sama.. surau, masjid, tabung derma, surau... .