Monday, September 25, 2006

Hukum Islam Mengenai Merokok. Islam Memang Indah

Soalan: Apakah hukum Islam mengenai merokok? Kalaulah hukumnya haram maka apakah status penghisap rokok yang amat ketagih sehingga terlalu sukar untuk meninggalkan tabiat ini? Apa pula hukumnya kepada sebuah negara yang mengamalkan polisi mengimport, menjual, dan membiarkan rakyat yang merokok? Mengubal dan menitik beratkan undang-undang mengenai arak, tidakkah ia boleh diadakan undang-undang yang sama mengenai merokok?

Jawapan: Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Majlis Kajian dan Fatwa Islam telah mengeluarkan fatwa merokok, menanam tembakau, dan menjual rokok adalah haram dalam Islam. Pejabat Wilayah untuk kawasan timur Mediterranian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang juga disertai oleh 21 Negara Islam menerbitkan buku berjudul ' Hukum Islam Mengenai Rokok'. Di mana 15 orang ulama' besar mengeluarkan fatwa berasingan mengenainya. Kesemua mereka melainkan dua orang mutlak mengfatwakan bahawa merokok itu hukumnya Haram. Manakala dua orang ulama' sahaja mengambil hukumnya di antara Makhruh dengan Haram. Hari ini, kebanyakkan golongan ulama' telah pun berpegang teguh kepada hukum Haram, malah jumlahnya kian menigkat hari demi hari. Tidak ada dikalangan para ulama' yang telah pun berpegang kepada hukum tersebut meminda pegangan mereka, tetapi bagi sebahagian ulama' yang berpegangan sederhana telah meminda hukum tersebut kepada hukum Haram setelah mengetahui kemudaratannya bukan sahaja kepada kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekitar perokok tersebut. Sudah terbukti bahawa merokok boleh membawa sekitar 25 jenis penyakit membunuh, termasuklah nisbah besarnya kanser dan sakit jantung. Salah seorang daripada dua orang perokok menemui ajal akibat penyakit yang disebabkan hasil merokok. Dengan risiko yang sangat tinggi para ulama' hanya mampu berfatwakan Haram sebagai hukumnya sahaja. Amatlah terlarang sama sekali sekiranya seorang Islam itu baru mahu memulakan merokok atau cuba-cuba berjinak dengan tabiat merokok. Tidak ada sebab musabab apa perlunya mereka mahu menceburi perbuatan merokok. Tetapi persoalan rumit timbul kepada seorang perokok Islam yang telah lama merokok serta ketagih, dan terlalu susah untuknya meninggalkan tabiat lama ini, manakala dalam masa yang sama baru mengetahui akan haram pula hukumnya, apa perlu dia lakukan? Meninggalkan tabiat merokok amatlah susah sekali, kerana rokok mengandungi nakotin. Setiap perokok yang telah berterusan selama satu tahun xxxxx sudah mengalami ketagihan itu sendiri. Mengikut para ulama' masalah ketagih itu tidak langsung menjadi penyebab untuk meminda hukum haram kepada makhruh. Perokok begini hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan meminta taufik dan hidayahnya untuk segera berhenti mengulangi perkara haram begini di dalam amalan hariannya. Bersungguh-sungguh berniat untuk berhenti merokok dan perokok begini jangan sekali-kali berpuas hati dengan sekadar berkata " Saya telah cuba tetapi saya gagal". Walaupun perokok itu telah mencubanya sepuluh kali lebih. Ini juga tidak harus dijadikan 'pasport' untuk beliau terus merokok dan meneruskan perbuatan haram ini. Kebanyakan Negara ada menyediakan pertolongan kepada perokok-perokok begini untuk meninggalkan tabiat merokok. Perokok mesti terus bersusah payah untuk mendapatkan bantuan bagi memberhentikan tabiat merokok seandainya beliau tidak mampu melakukan bersendirian. Memohon bantuan dimana yang dapat diperolehi.Cara lain juga dicadangkan agar perokok itu sendiri mengurangkan jumlah isapannya setiap hari. Sekiranya kebiasaannya dia merokok 20 batang sehari, maka hendakalah dia kurangkan kepada 15 batang sehari. Seterusnya kurangkan jumlahnya secara istiqamah. Seorang perokok yang ketagih akan mengalami kesukaran namun peluang begini boleh diteruskan selama satu tahun. Asalkan ada perubahan dari segi jumlah hisapannya berkurangan. Cara begini juga boleh mengajar perokok untuk mendisiplinkan diri. Ia amat membantu perokok itu untuk terus berhenti merokok akhirnya.Cara lain juga, sebagai seorang perokok muslim, perokok itu hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon dengan Nya agar diberi kejayaan di dalam usaha murni perokok itu untuk berhenti merokok. Perokok hendaklah mengulangi hasrat ini kepada Allah s.w.t untuk meninggalkan pekerjaan haram ini yang bertentangan dengan agama Islam, melepaskan diri sendiri dari menanggung dosa yang boleh dielakkan. Tambahan pula, perokok Islam mempunyai peluang setiap tahun untuk mengurangkan / meniggalkan tabiat ketagih ini pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan bekerja di siang hari dan tidur / rehat di malamnya.Sesebuah kerajaan itu mestilah mengambil inesiatif untuk membasmi apa jua industri yang ada kaitan dengan tembakau. Menurunkan kadar penggunaanya. Bagaimana mungkin adalah berbeza dari mengadakan kempen penerangan bertapa mudaratnya kesan merokok itu kepada kesihatan, program kesihatan kepada sekolah-sekolah sehingga kesedaran kepada anak-anak muda akan akibatnya dan menghindarkan mereka dari menjadi perokok muda, mengenakan cukai yang tinggi kepada hasil tembakau dan natijahnya setiap kenaikan akan hanya tidak memberangsangkan pembelian rokok terutama di kalangan anak-anak muda.

This article is taken from www.arabnews.comEdited by Adil SalahiTranslated by MNY, Madrasah Al-Wahidah. Disusun oleh Nur Asifa Mohd Nasaruddin.

Tuesday, September 19, 2006

Huda Teddy Bear KFC Story

Assalamualaikum w.b.t..........kepada kengkawan yang dirindui x kiralah walau di mana u all berada......
sekarang ni sebenarnya aku kat ofis syah...cuti 2 ari jln2 jumpa member lama.boring aku asik keje je mengadap ayam kfc 2....oklah,pasni nanti aku citer kat korang camner aku leh terjebak dlm kfc ni sampailah la ari ni.....pas abis konvo bln 7 thn 2000 dulu,aku pun biasalah cam korang gak p lah cari keje ngan sijil kita yg besar ponco tu cam encik jusob selalu cakap tp susah betul nak dapat sebab xde experience....so bila aku dah fed-up aku berazam kalo aku x dpt keje gak sampai bulan 12 thn 2000 tu, aku ingat nak msk askar regular..cuma pikir2 balik mcm takut je nak msk regular,korang kan tau , aku ni bukan nye mantap sangat, piawai je selalu masa ROTU dulu...kalo msk regular nampaknya hari2 lah aku breakfast forward roll n side roll,nak gali kubu lg,kawad lg n lari2 lg sampai dah nak tonggek ponggong!eeee...teringat tu semua cam x sanggup...maklumlah kali ni jurulatihnya bukan lg encik jusob,dulu leh lah jugak mintak simpati.....
nak dijadikan citer,hari minggu ari tu entah camner aku tertengok suratkhabar the star...chewah...baca paper orang putih lah lak....so,aku ternampaklah iklan manager kfc...aku pun cubalah nasib....alhamdulillah, dptlah pulak....dah memang rezeki aku kat kfc agaknya....aku pun dihantar training selama 3 bulan kat kelana jaya...abis training, aku dipostingkan ke jb...so di situlah bermulanya carier aku dgn kfc...setahun kemudian aku dinaikkan sebagai restaurant manager kfc n 2 thn selepas tu lak aku dinaikkan sebagai training officer kfc kat kelana jaya....so tugas aku sekrg ni aku train manager2 baru kfc yg baru lepas grade...so,ilmu yg aku pelajari masa aku join palapes dulu byk membantu aku dlm menghadapi tekanan2 di tempat kerja n aku train manager2 aku pun straight mcm askar gak....cuma keje aku ni susah sikit nak cuti...x mcm korang...tulah yg susah nak jumpa kengkawan....tp aku selalu ingat kat korang...tambah2 bila blk kg kat bt pht tu aku sibuk lah p belek gambar2 lama zmn muda2 kita dulu...happy je masa tu walaupun muka comot dah mcm anak beruang x mandi semiggu dengan bau dah mcm cipan....
oklah,kwn2 aku rasa cukuplah setakat ni saje dulu...aku rasa korang pun dah boring nak baca celoteh aku ni....utk pengetahuan korang semua...aku dah kurus tau sekarang ni....dah x mcm teddy bear dah...tp, walaumacam mana sekalipun , aku tetap cute mcm dulu gak......hehehe,,,jgn jeles lak ek......!!
so.apa2 pun di kesempatan ni aku nak wish korang 'SELAMAT BERPUASA' di bulan ramadhan almubarak yg akan dtg x lama lg....insyaAllah kalau ada rezeki leh lah kita berjumpa lagi....so,lastly 2 all my friends out there.." WHATEVER U DO, WHEREVER U GO,I HOPE THAT THE SUCCESS N HAPPYNESS WILL ALWAYS BE WITH U" miss u all so much..... make sure keep in touch...my hp no 012-2251698. wassalam....