Friday, March 07, 2008

KURSUS SOLAT & MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum................

KURSUS SOLAT & MUHASABAH DIRI

Tarikh : 30 Mac 08
Tempat ABu Yusuf Hall, Kuliah Ekonomi, UIAM, Gombak
Masa : 8.30 pg - 6.45 ptg
Yuran : Awm : RM 70
Pelajar : RM 50
Daftar : 0196096117, 017681781 @ email ke tibyan2006@gmail.com

Untuk keterangan lanjut just klik kat blog ust zaharuddin atau just klik kat sini http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=677&Itemid=72

Akhir kata selamat mengundi...

Tuesday, January 22, 2008

amboi.....

Lama sungguh tak update kat sini. Ngaper semua tak nak masukkan citer masing2, makin lama makin sunyi aku tgk blog ni.
Takde apa nak citer pun cuma kepada peminat ramlee awang murshid ada buku citer terbit pada 30 jan ini. Untuk promo boleh klik kat sini http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/fragmen_novel/ungu%20karmila/pra-terbit.htm
 
ok saper2 yang nak letak gambar size besar kat dalam fotopages, kena register dulu kat http://photobucket.com/. lepas register upload gambar yang korang nak kat dalam tu. Klik 2 kali kat gambar yang korang dah upload. Lepas tu klik kat resize, korang boleh pilih nak size mcm mana. Lepas update klik kat IMG code dan copy. Lepas tu bukak balik fotopages dan paste balik IMG code tadi kat bahagian text. Kalau kurang faham boleh tinggalkan komen.
 
oklah semoga berjumpa lagi... dah......


Express yourself and stay connected with the latest Windows Live Messenger! Windows Live Messenger

Saturday, November 03, 2007

Farid turun Klang

Assalamualaikum semua... amboi... masing2 time raya senyap jek... ngaper tak nak masukkan citer atau gambar masing2...

Azihan- gambar sebelum ni gi mana erk... saya masuk2 memang dah takder, ngaper pi buang

Semalam aku cuti kebetulan lak Farid turun kat tempat aku, aku bawak dia balik rumah dan gi JJ jumpa Nor. Su, ko lak bila nak datang rumah aku?
Kat rumah aku, baru nak gerak gi JJ Aku, Nor & Farid kat Food Court JJ Klang...


Anak2 Farid - Naim & Amiey (Betul tak ejaan nama anak ko, hehe kalau salah ko betulkan kay)

Saturday, September 15, 2007

Sorry & Blog Baru

Akhirnya aku berjaya jg buka blog ni selepas mengodek2 dari pagi sampai aku tak wat keja lain.... hehe..

Secara rasminya blog baru
http://exrotu-usm.blogspot.com/ Korang juga boleh klik kat Ex Rotu 2 kat bahagian Fav Blog

Kalau ada saper2 nak masukkan citer terbaru just email ke
exrotu-usm.askar@blogger.com

Tapi kalau nak masuk citer kat blog ni pun boleh gak cuma email ke
askarpencen.penang@blogger.com

Kalau nak email kat dua2 email tu pun boleh, nanti korang punya citer akan kuar kat dua2 blog. Banyak tul kalau aku ni kan...

Kalau korang nak update citer just hantar email pakai phone yang ada multimedia mesages pun boleh just hantar email kat salah satu email diatas

So maknanya kita ada 2 blog. Kalau rajin aku akan update balik blog2 ni kay

Cuma nak minta kerjasama pada geng2 semua saper2 yang ada kamera canggih yang boleh mms tu bolehla send gambar2 terbaru ke
askarpencen.25100@uploads.photobucket.com
Jangan lupa letak tajuk, karang korang hantar gambar tapi aku tak tahu saper punya gambar

Nanti aku akan buka satu fotopages untuk semua


Shah0808

Saturday, April 14, 2007

wa cilok sikit(abah)

assalamualaikum geng, alhamdullilah aku bersyukur coz dpt gak berkumpul dalam blog ni walau pun tak semua yang ada. skurang2nya dapat gak tahu perkmbangan rakan2 seperjuangan.aku sekarang cekru SEK RENDAH kat sabah, aku yang minta datang sini coz hidup aku dulu aku nak lupakan semuanya. ni aku nak kongsi cerita kat geng2 lepas je aku kluar U. seperti yang sedia maklum aku kat U dulu keja part time jadi budak deliver kat piza hut sg 2, habis je U aku disambut oleh pihak piza hut utk jadi asst. mngr. masa kat training aku sempat gak jumpa Huda . habis training aku d hantar ke ipoh garden outlet disana. kat sana aku geng nga hasnah tapi sekang loose contact dah(ni betul2 stori ). tak tau apa cerita dia skang, last aku tau dia masih lg kat kinta city. dengan tekanan yang melampau-lampau 6 bulan je aku dapat btahan terus blah 24 hour notice terus balik kg masa tu my loving wife kat kltn. aku menganggur 1 tahun, dalam menganggur tu aku keja kat penang as a tukang mesin rumput kot tepi2 jalan n tebang pokok2 kat lereng2 bukit bendera.ketika ni my wife kat KL keja sana.dah jauh ngan fmli tak sedap pulak rasanya ikut la wife ke KL, di sana aku keja Kenny Rogers as a cuci pinggan je, kemudian ambil cikgu ganti kot2 dapat ubah hidup aku n fmli. rupanya lg teruk, masa aku jadi cikgu ganti aku buat part time as a cuci pinggan lg kat The Chic Rice Shop s.alam. ketika ini lah hidup aku betul2 tercabar dgn pelbagai cubaan, ms nilah kereta aku terpaksa (krt yg kecik comel tu)htr kg coz 6 bln dah tak byr, ms ni juga tuan rumah datg halau coz 6 bln tak byr sewa, ms ni juga motor yg aku pakai g keja hilang d tambah pulak anak ke3 aku sakit, tapi aku hadapinya dengan tabah bersama my loving wife(ms ni dia dah tak keja sampai lah skang bb siter)ms tu Hanya Allah sj yang tahu kehidupan aku mcm mn. habis je kontrak cikgu ganti aku di ofer jd supervisor kat TCRS(The Chic Rice Shop)kat 1 utama dmsara kemudian aku ke Times Square jd asst mngr, balik semula ke 1 utama as a mngr dr sini aku ke cheras, puchung n last jd store mngr kat s.alam (aku ingatkan inilah rezeki ku hingga akhir tp Allah lebih mengetahui apa yg akan terjadi). aku keja d TCRS akhir 2002 hingga 2004, 2005 dapat KPLI, 2006 posting sabah, bln 8. 2006 balik ambik kereta DAG 3739 dan sampai skang blm pulang lg ke semenanjung. Insa'Allah cuti hujung tahun aku n my loving fmli pulang.itu sdikit luahan hati utk d kongsi dgn rakan2 kat serata MALAYSIA.WASSALAM (7510762)(my Kids Nur Misha Illiyiin 8, Muhammad Adib akmal 6, muhammad afiq akmal 4, nur ayuni illiyiin 2 n muhammad farish 6 bln)019 - 3949359

Monday, April 02, 2007

Monday, January 29, 2007

Hari Asyura

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Isnin, 29hb Jan 2007)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fa kir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fa kir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu la fa z niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fa dhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. la fa z niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fa tihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga berman fa at dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain...

Monday, September 25, 2006

Hukum Islam Mengenai Merokok. Islam Memang Indah

Soalan: Apakah hukum Islam mengenai merokok? Kalaulah hukumnya haram maka apakah status penghisap rokok yang amat ketagih sehingga terlalu sukar untuk meninggalkan tabiat ini? Apa pula hukumnya kepada sebuah negara yang mengamalkan polisi mengimport, menjual, dan membiarkan rakyat yang merokok? Mengubal dan menitik beratkan undang-undang mengenai arak, tidakkah ia boleh diadakan undang-undang yang sama mengenai merokok?

Jawapan: Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Majlis Kajian dan Fatwa Islam telah mengeluarkan fatwa merokok, menanam tembakau, dan menjual rokok adalah haram dalam Islam. Pejabat Wilayah untuk kawasan timur Mediterranian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang juga disertai oleh 21 Negara Islam menerbitkan buku berjudul ' Hukum Islam Mengenai Rokok'. Di mana 15 orang ulama' besar mengeluarkan fatwa berasingan mengenainya. Kesemua mereka melainkan dua orang mutlak mengfatwakan bahawa merokok itu hukumnya Haram. Manakala dua orang ulama' sahaja mengambil hukumnya di antara Makhruh dengan Haram. Hari ini, kebanyakkan golongan ulama' telah pun berpegang teguh kepada hukum Haram, malah jumlahnya kian menigkat hari demi hari. Tidak ada dikalangan para ulama' yang telah pun berpegang kepada hukum tersebut meminda pegangan mereka, tetapi bagi sebahagian ulama' yang berpegangan sederhana telah meminda hukum tersebut kepada hukum Haram setelah mengetahui kemudaratannya bukan sahaja kepada kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekitar perokok tersebut. Sudah terbukti bahawa merokok boleh membawa sekitar 25 jenis penyakit membunuh, termasuklah nisbah besarnya kanser dan sakit jantung. Salah seorang daripada dua orang perokok menemui ajal akibat penyakit yang disebabkan hasil merokok. Dengan risiko yang sangat tinggi para ulama' hanya mampu berfatwakan Haram sebagai hukumnya sahaja. Amatlah terlarang sama sekali sekiranya seorang Islam itu baru mahu memulakan merokok atau cuba-cuba berjinak dengan tabiat merokok. Tidak ada sebab musabab apa perlunya mereka mahu menceburi perbuatan merokok. Tetapi persoalan rumit timbul kepada seorang perokok Islam yang telah lama merokok serta ketagih, dan terlalu susah untuknya meninggalkan tabiat lama ini, manakala dalam masa yang sama baru mengetahui akan haram pula hukumnya, apa perlu dia lakukan? Meninggalkan tabiat merokok amatlah susah sekali, kerana rokok mengandungi nakotin. Setiap perokok yang telah berterusan selama satu tahun xxxxx sudah mengalami ketagihan itu sendiri. Mengikut para ulama' masalah ketagih itu tidak langsung menjadi penyebab untuk meminda hukum haram kepada makhruh. Perokok begini hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan meminta taufik dan hidayahnya untuk segera berhenti mengulangi perkara haram begini di dalam amalan hariannya. Bersungguh-sungguh berniat untuk berhenti merokok dan perokok begini jangan sekali-kali berpuas hati dengan sekadar berkata " Saya telah cuba tetapi saya gagal". Walaupun perokok itu telah mencubanya sepuluh kali lebih. Ini juga tidak harus dijadikan 'pasport' untuk beliau terus merokok dan meneruskan perbuatan haram ini. Kebanyakan Negara ada menyediakan pertolongan kepada perokok-perokok begini untuk meninggalkan tabiat merokok. Perokok mesti terus bersusah payah untuk mendapatkan bantuan bagi memberhentikan tabiat merokok seandainya beliau tidak mampu melakukan bersendirian. Memohon bantuan dimana yang dapat diperolehi.Cara lain juga dicadangkan agar perokok itu sendiri mengurangkan jumlah isapannya setiap hari. Sekiranya kebiasaannya dia merokok 20 batang sehari, maka hendakalah dia kurangkan kepada 15 batang sehari. Seterusnya kurangkan jumlahnya secara istiqamah. Seorang perokok yang ketagih akan mengalami kesukaran namun peluang begini boleh diteruskan selama satu tahun. Asalkan ada perubahan dari segi jumlah hisapannya berkurangan. Cara begini juga boleh mengajar perokok untuk mendisiplinkan diri. Ia amat membantu perokok itu untuk terus berhenti merokok akhirnya.Cara lain juga, sebagai seorang perokok muslim, perokok itu hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t dan memohon dengan Nya agar diberi kejayaan di dalam usaha murni perokok itu untuk berhenti merokok. Perokok hendaklah mengulangi hasrat ini kepada Allah s.w.t untuk meninggalkan pekerjaan haram ini yang bertentangan dengan agama Islam, melepaskan diri sendiri dari menanggung dosa yang boleh dielakkan. Tambahan pula, perokok Islam mempunyai peluang setiap tahun untuk mengurangkan / meniggalkan tabiat ketagih ini pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan bekerja di siang hari dan tidur / rehat di malamnya.Sesebuah kerajaan itu mestilah mengambil inesiatif untuk membasmi apa jua industri yang ada kaitan dengan tembakau. Menurunkan kadar penggunaanya. Bagaimana mungkin adalah berbeza dari mengadakan kempen penerangan bertapa mudaratnya kesan merokok itu kepada kesihatan, program kesihatan kepada sekolah-sekolah sehingga kesedaran kepada anak-anak muda akan akibatnya dan menghindarkan mereka dari menjadi perokok muda, mengenakan cukai yang tinggi kepada hasil tembakau dan natijahnya setiap kenaikan akan hanya tidak memberangsangkan pembelian rokok terutama di kalangan anak-anak muda.

This article is taken from www.arabnews.comEdited by Adil SalahiTranslated by MNY, Madrasah Al-Wahidah. Disusun oleh Nur Asifa Mohd Nasaruddin.

Tuesday, September 19, 2006

Huda Teddy Bear KFC Story

Assalamualaikum w.b.t..........kepada kengkawan yang dirindui x kiralah walau di mana u all berada......
sekarang ni sebenarnya aku kat ofis syah...cuti 2 ari jln2 jumpa member lama.boring aku asik keje je mengadap ayam kfc 2....oklah,pasni nanti aku citer kat korang camner aku leh terjebak dlm kfc ni sampailah la ari ni.....pas abis konvo bln 7 thn 2000 dulu,aku pun biasalah cam korang gak p lah cari keje ngan sijil kita yg besar ponco tu cam encik jusob selalu cakap tp susah betul nak dapat sebab xde experience....so bila aku dah fed-up aku berazam kalo aku x dpt keje gak sampai bulan 12 thn 2000 tu, aku ingat nak msk askar regular..cuma pikir2 balik mcm takut je nak msk regular,korang kan tau , aku ni bukan nye mantap sangat, piawai je selalu masa ROTU dulu...kalo msk regular nampaknya hari2 lah aku breakfast forward roll n side roll,nak gali kubu lg,kawad lg n lari2 lg sampai dah nak tonggek ponggong!eeee...teringat tu semua cam x sanggup...maklumlah kali ni jurulatihnya bukan lg encik jusob,dulu leh lah jugak mintak simpati.....
nak dijadikan citer,hari minggu ari tu entah camner aku tertengok suratkhabar the star...chewah...baca paper orang putih lah lak....so,aku ternampaklah iklan manager kfc...aku pun cubalah nasib....alhamdulillah, dptlah pulak....dah memang rezeki aku kat kfc agaknya....aku pun dihantar training selama 3 bulan kat kelana jaya...abis training, aku dipostingkan ke jb...so di situlah bermulanya carier aku dgn kfc...setahun kemudian aku dinaikkan sebagai restaurant manager kfc n 2 thn selepas tu lak aku dinaikkan sebagai training officer kfc kat kelana jaya....so tugas aku sekrg ni aku train manager2 baru kfc yg baru lepas grade...so,ilmu yg aku pelajari masa aku join palapes dulu byk membantu aku dlm menghadapi tekanan2 di tempat kerja n aku train manager2 aku pun straight mcm askar gak....cuma keje aku ni susah sikit nak cuti...x mcm korang...tulah yg susah nak jumpa kengkawan....tp aku selalu ingat kat korang...tambah2 bila blk kg kat bt pht tu aku sibuk lah p belek gambar2 lama zmn muda2 kita dulu...happy je masa tu walaupun muka comot dah mcm anak beruang x mandi semiggu dengan bau dah mcm cipan....
oklah,kwn2 aku rasa cukuplah setakat ni saje dulu...aku rasa korang pun dah boring nak baca celoteh aku ni....utk pengetahuan korang semua...aku dah kurus tau sekarang ni....dah x mcm teddy bear dah...tp, walaumacam mana sekalipun , aku tetap cute mcm dulu gak......hehehe,,,jgn jeles lak ek......!!
so.apa2 pun di kesempatan ni aku nak wish korang 'SELAMAT BERPUASA' di bulan ramadhan almubarak yg akan dtg x lama lg....insyaAllah kalau ada rezeki leh lah kita berjumpa lagi....so,lastly 2 all my friends out there.." WHATEVER U DO, WHEREVER U GO,I HOPE THAT THE SUCCESS N HAPPYNESS WILL ALWAYS BE WITH U" miss u all so much..... make sure keep in touch...my hp no 012-2251698. wassalam....

Wednesday, August 30, 2006

SELAMAT HARI MERDERKA

Tanggal 31,
Bulan 8, 57,
MERDEKA, MERDEKA
Tetaplah MERDEKA
Ia pasti,
Menjadi Sejarah.........
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49THN

Monday, August 14, 2006

Gambar ter'latest'








Dari kiri : Leman, Parok , Nasrul
(Kuala Selangor, 30 Julai 2006)

Sunday, August 13, 2006

ONLINE GATHERING-GENG2 ASKAR PENCEN

UNDANGAN KE MAJLIS
ONLINE GATHERING GENG2 ASKAR PENCEN USM
Dengan penuh rasa syukur dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik serta keluarga untuk turut sama meraiikan majlis tersebut pada:-
21hb Ogos 2006
Bersamaan 27 Rejab 1427H
di Blog Askar Pencen (chatting room)
Semoga dengan kehadiran serta doa restu dari Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, majlis akan berseri dan ianya akan diberkati oleh Allah SWT serta dapat mengubat rindu di dada. Wassalam
ATURCARA MAJLIS
Sembang-sembang : Bermula Jam 4 petang
TURUT MENGUNDANG
Seisi Keluarga
SILA CONFIRMKAN KEHADIRAN ANDA. SAPA TAK KONPEM. MEMANG HAMPEHHHH!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 10, 2006

Lagu "Lelaki Duda" - from Gadis Melayu

Siapa bilang lelaki duda tak menawan,
Tak menarik hati, tiada memikat,
Kalaulah memang tak mungkin siti tertarik,
Kalaulah sungguh tak mungkin siti kan jatuh,
Aduhai...
lebat betul misainya,
Serta manis senyumnya,
Hitam pekat misainya,
siti suka si dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Di antara laki laki seluruh malaysia,
Tiada yang sehalus mulus oh sekacak dia,
Budi bahasanya, pandangan matanya,
Sentuhan khalid mohd jiwa membuat siti terlena,

Sunday, August 06, 2006

Faizal Juara Akademi Fantasia 4

6-Ogos-2006: Faizal Juara Akademi Fantasia 4

Faizal muncul sebagai Juara Akademi Fantasia 4 setelah membawakan lagu Hujan dan Lihatlah di hadapan lebih 10 ribu peminat Akademi Fantasia di Stadium Putra Bukit Jalil. Faizal mendapat sebanyak 34% undian SMS mengalahkan saingannya Lotter dengan 28% undian SMS.Faizal membawa pulang hadiah bernilai RM371,435, antaranya sebuah kondominium dan sebuah kereta Toyota VIOS serta sebuah trofi Akademi Fantasia. Manakala, Lotter yang membawakan lagu In The End dan Yang Berlalu...Tak Berulang telah mendapat gelaran Naib Juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM117,036. Farhan pula muncul sebagai pemenang Tempat Ketiga dengan 20% undian SMS. Manakala, Tempat Keempat dimenangi oleh Haziq dengan 11% undian SMS dan Velvet memenangi Tempat Kelima mendapat 8% undian SMS.

Wednesday, July 26, 2006

Seloka Kuanggg...Kuanggg..Kuanggggg!!!!

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api.
Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri.
Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang.
Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu:



Lelaki: Hi... kakak hamil ya?

Ibu hamil: Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak?

Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)

Ibu hamil: (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan
pertanyaannya) Isinya orang ya?


Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).

Ibu hamil: (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)

Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil
menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Tuesday, July 25, 2006

Amalan Bulan Rejab

Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah.

Fadilat Rejab:
1. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
2. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."
3. Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."
4. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
5. Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."
6. Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."
7. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
8. Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."
9. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
10. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."
11. Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
12. Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."
14. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."
15. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
16. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
17. Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."
18. Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

Tuesday, July 11, 2006

Shichida Methods

Wife aku ada forward satu articel pasal mende ni, & dia suruh aku sama2 practice kat anak aku (Hikmah Humaira). Aku pun nak korang sama2 buat mende2 ni kat anak korang sebab aku nampak ada perubahan bila aku buat kat anak aku..dan yang selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T.

Apa dia Shichida Methods?.....
Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

Antara langkah2nya:-


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuhhati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2.Start guna cards untuk ajar anak. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Monday, July 10, 2006

Demam Piala Dunia-Berita Akhir

Demam World Cup berakhir awal pagi tadi setelah pasukan pilihanku menjulang kejuaraan ulung bola sepak dunia.....yaaaa Italy telah menewaskan France melalui sepakan penentuan penalti 5-3 setelah perlawanan yang berlarutan sehingga masa tambahan gagal menetukan pemenang mutlak. Malang bagi Zinadine Zidane apabila bintang tersohor dari France itu dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir tersebut, sekaligus meninggalkan kenangan pahit bagi beliau beraksi buat kali terakhir dalam arena bola sepak antarabangsa. Sekianlah sahaja berita terkini. Jumpa lagi 2010......:)

Sunday, July 09, 2006

How Two Russian Journalists Cooked an Egg with their Mobile Phones

Vladimir Lagovski and Andrei Moiseynko from Komsomolskaya Pravda Newspaper in Moscow decided to learn first-hand how harmful cell phones are. There is no magic in cooking with your cell phone. The secret is in the radio waves that the cell phone radiates.

The journalists created a simple microwave structure. They called from one cell phone to the other and left both phones on talking mode. They placed a tape recorder next to phones to imitate sounds of speaking so the phones would stay on.

After, 15 minutes: The egg became slightly warm.
25 minutes: The egg became very warm.
40 minutes: The egg became very hot.
65 minutes: The egg was cooked.

Conclusion ..1: Cooking eggs with mobile phones is possible but very expensive ($4.55 or 123 Rubles)
Conclusion ..2: All this talk of danger is exaggerated; even if your brain gets cooked, it would take a couple hours of talking on a cell phone.


It takes approximately 2 minutes of speaking on a cellular phone for the radiation to cross the protective Blood Brain Barrier. So whenever there is a land line available use it in preference to your cell.


Hmmm!!! Now you know!!! No more long talks on your mobail fon.
Dengan promosi wo-kup 50% off la, ini lah, itu lah... gila ke!
By the way, how much would a call lasting 1hr 5min in M'sia be? RM0.15 x 65 = RM9.75!!
anyone care to try? :) i believe there's truth to this....

Renungan

Pertemuan sahabat lama dalam dompet seorang pengusaha keropok lekor yang tersohor di negeri Terengganu Darul Iman. Dalam pertemuan itu banyak perkara yang dicerita-ceritikan:-


Duit Seringgit : Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?

Duit Lima Puluh :aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naikSTAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh,ko camner lak?

Duit Seringgit (menunduk sedih) : hmm.. bosan2. balik- balik tempat sama.. surau, masjid, tabung derma, surau... .